Pages

Sunday, February 7, 2010

Rakam kepulangan enjin jet

"Sebagai Manusia yang mempunyai kerakyatan Malaysia, Kekesalan dan kekecewaan tidak dapat dibayangkan apabila Perdana Menteri Najib Razak membuat kenyataan enjin jet yang hilang ke Uruguay itu dikatanya tidak mempunyai ciri-ciri strategik kepada negara kerana enjinnya lama. Laporan akhbar berkenaan Najib di link berikut (links)

Isu sebenar ialah kenapa enjin itu boleh keluar dari sistem pertahanan yang ada, bukan soal enjin tua atau lama. Malang sungguh rakyat Malaysia mempunyai Perdana Menteri berfikiran pak pandir ini.

Laporan dari link di atas juga menyebut, Ghani Patail (anak Mamak yang mendapat untung dari UMNO atas hak keistimewaan orang melayu) menyatakan kerajaan Malaysia sudah mendapat persetujuan dengan Kerajaan Uruguay bagi membawa balik enjin berkenaan.

Sebagai Manusia yang mempunyai kerakyatan Malaysia, saya menyeru kepada

Manusia lain seluruhnya yang mempunyai kerakyatan dan tanah air Malaysia supaya mendesak kerajaan merakam dan menjadikan satu filem dokumentari proses membawa balik enjin yang tua itu ke Malaysia.

Ia perlu dirakam sedemikian rupa kerana enjin itu tidak mempunyai sifat strategik (kata Najib) maka ia boleh difilem dan ditonton oleh manusia awam.

Sebagai Manusia yang mempunyai kerakyatan Malaysia, seruan ini adalah tidak keterlaluan kerana selama ini sudah banyak peristiwa penting Negara atas tema “Malaysia Boleh” tidak dirakam untuk dijadikan dokumentari umum.

Umpamanya pelayaran mengelilingi dunia Azhar Mansor. Renang seberang selat inggeris oleh anak Maidin (anak Mamak yang mendapat untung dari UMNO atas hak keistimewaan orang melayu) dan terkini angkasawan Negara oleh Dr. Sheikh Muszaphar (anak Arab yang mendapat untung dari UMNO atas hak keistimewaan orang melayu).

Semua peristiwa penting seperti yang disebutkan di atas hanya di tayang semasa mendapat kalungan bunga yang diberikan oleh Perdana Menteri sahaja. Peristiwa dari peringkat awal hingga ke peringkat yang dikatakan sebuah kejayaan itu tidak pernah ditayangkan kepada umum.

Oleh itu, sudah tiba masanya kepulangan jet yang hilang itu dirakam dari awal perjalanan dari Uruguay hinggalah berjaya sampai kembali di bumi di Malaysia.

Kita akan lihat Perdana Menteri Najib akan berikan kalungan bunga dan pulut kuning atas kepulangan jet itu. Tunggulah kerana budaya pulut kuning, budaya pintu gerbang dan sejenis dengannya kini membarah dalam semua sektor di dalam sistem Negara walaupun rakyat semakin merempat dan dalam kegusaran akan keselamatan mereka.

No comments:

Post a Comment