Pages

Friday, February 26, 2010

erm!!!

Sampai Bila Pimpinan PAS Nak Memusuhi Blogger?

Mutakhir ini semacam wujud satu kecenderungan pihak pimpinan tertinggi PAS memusuhi blogger. Sebabnya, dikatakan blogger terlalu banyak menyerang pimpinan PAS secara terbuka, menyerang pimpinan PAS kerana tidak mengikut saluran yang betul, kerana blogger tak wala' dan tak mempunyai adab jemaah.

Inilah jenis pimpinan PAS yang kita ada pada hari ini. Pimpipinan jenis promitif yang masih terbelenggu dengan kebekuan tradisi yang merugikan parti, yang merugikan jemaah.

Jenis pemimpin yang hanya mahu dipuja dan dipuji, tetapi enggan ditegur dan enggan mengakui kelemahan dan malu pula untuk memperbaiki diri.

Sedangkan blogger yang rencam dan datang dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman tiba-tiba dimusuhi, tiba-tiba diserang di atas apa juga platform, samada seminar, konvensyen atau apa juga perhimpunan yang diadakan semata-mata untuk mengutuk blogger kononnya mereka pelontar "fitnah yang benar" - satu istilah yang dicipta setelah mengetahui bukan fitnah yang diutarakan tetapi kritikan yang tidak dapat dijawab oleh mereka yang memegang kuasa pimpinan.

Diakui atau pun tidak, blogger (atau dikenali pejuang siber sebelum wujudnya blog) telah memainkan peranan penting memberikan kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat bermula zaman reformasi seawal 1998. Baca kisah Dari Mahazalim ke GB.

Ada pula yang berhujjah, oh yang memberikan kemenangan itu bukan kerja blogger, tapi Allah. Kita bercakap soal syariat mereka bercakap soal hakikat walaupun ilmu hakikat mereka tak seberapa. Benar hakikatnya Allah yang memberikan kemenangan, tetapi syariatnya, syahadahnya, Allah memberikan kemenangan dengan menghantar para blogger untuk membantu perjuangan PAS, membantu perjuangan Islam, membantu perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Dan di tahun lalu, kita menghadapi siri pilihanraya kecil yang banyak. Blogger seperti biasa memainkan peranannya yang tulus suci untuk parti. Dan kita dikurniakan kemenangan demi kemenangan, seperti kemenangan yang diperolehi di dalam PRU 2008 - kemenangan yang cemerlang. Namun yang menang berapa ramai yang menghargai blogger, malah parti sendiri, apa ingatan yang ada tuan-tuan berikan untuk untuk blogger seperti ingatan terhadap para pejuang bahasa di dalam muktamar yang lalu?

Allah menghantar peringatan kepada pimpinan PAS dengan mengurniakan kekalahan pertama PAS di Bagan Pinang!

Pun masih gagal menyedarkan pimpinan. Masih mendabik dada: kemenangan kami adalah hasil usaha kami semata-mata... blogger tidak ada peranannya!


Kini setelah tingkah laku pemimpin jadi perhatian para rakyat, tiba-tiba para blogger dimusuhi, yang menang berprinsip kacang lupakan kulit, yang pegampu menjadi pencacai untuk menghentam blogger yang tidak disukainya sekalipun ke peringkat menyerang peribadi seperti yang dilakukan ke atas Ustadz Zolkharnain.

Tak ramai pemimpin PAS yang menyokong blogger. Selain Khalid Samad (yang akhirnya menjadi korban pemimpin gila kuasa), yang lain mengambil sikap membisu - play safe - khuatir kena black-listed oleh pimpinan tertinggi atau takut dicop tidak wala agaknya.

GB sama blogger anti UG yang lain seperti penarik-beca, al-hussyein, al-bakistani, tulang besi, topeng perak, MSK dan lain-lain senagkatan juga tidak terlepas dari diserang. Kiri dan kanan atas dan bawah, namun berkat doa "thabbit aqdama wansurna" dan sokongan para pembaca blog ini, kami masih boleh berblogging sehingga hari ini.

Diadakan konvensyen blogger, tetapi dengan niat mereka hanya untuk memperalatkan blogger dan untuk mengumpulkan sokongan untuk mereka yang hampir rebah, sehingga kini, tiada hasil positif yang yang dapat digarap dari konvensyen itu.

Sekalipun parti tidak mengiktiraf blogger seperti GB sekalipun, alhamdulillah GB telah pun melaksanakan tugas yang akhirnya diterima sekalipun mereka sendiri tidak menyedarinya.

Sewaktu Perak dilanda tsunami politik dan Datuk Seri Mohammad Nizar terkontang kanting sendirian berjuang untuk mempertahankan negerinya daripada dirampas oleh UMNO BN, pemipin Pakatan Rakyat pada awalnya mengambil sikap membisu, malah Presiden PAS berada di laurnegara ketika itu.

Sehari sebelum rampasan kuasa berlaku GB menulsi di SINI. GB menyatakan antara lainnya:

APA YANG PERLU PAKATAN RAKYAT LAKUKAN?

1) Di dalam keadaan kemelut yang ada kini, Pakatan Rakyat Pusat perlu memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan episod ini dengan lebih teliti.

2) Datuk Seri Anwar sepatutnya mesti dilihat pro-aktif di dalam usaha untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat Perak dan tidak sepatutnya meletakkan tanggungjawab hanya kepada Menteri Besar Perak

3) Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang perlu memendekkan lawatannya ke luarnegara dan kembali ke tanahair segera untuk sama membantu menyelesaikan kemelut ini sebagai Presiden sebuah parti komponen di dalam Pakatan Rakyat.

4) Suara rakyat adalah suara keramat. Rakyat perlu digembelengkan untuk merafak sembah kepada ke bawah duli DYMM Sultan Perak merayu supaya kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk mendapatkan mandat pemerintahan. Sebarang kerajaan yang terbentuk bukan dengan pemilihan rakyat adalah batal dan tidak boleh berkuat-kuasa di dalam sebuah negara yang menjunjung tinggi perlembagaan dan lunas-lunas demokrasi.


Kerana kelembapan bertindak dipihak pemimpin PR, keesokan harinya (5 Feb 2009)berlakulah rampasan kuasa itu. Dan hanya pada 9 Mei 2009, satu perhimpunan di adakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak yang dihari oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang terdiri dari Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Abdul Hadi dan Lim Kit Siang.

Rakyat tersangat kesal. Nasi sudah menjadi bubur. Namun perjuangan diteruskan juga. Tiada siapa berani mengusik istana. Kerana pantang Melayu dehaka. GB terpaksa mengambil risiko dengan menulis di SINI dan di SINI.

Cukup sekadar itu untuk Perak dan boleh tinjau-tinjau di arkib tulisan GB mengenai isu di Perak. Begitu juga dengan isu-isu lainnya. Semua tersimpan di dalamnya.

Tatkala isu royalti minyak menjadi hangat, kita merasakan yang boleh melawan kerajaan pusat di saat ini hanyalah kuasa Allah s.w.t. Maka pada 12 Jan 2010, GB mencadangkan satu munajat perdana di adakan. GB katakan:

Kini untuk mengisi kemenangan, untuk menjaga kemenangan, kita merasakan adalah amat wajar Kerajaan PAS Kelantan mengadap Rabbul-Jalil sekali lagi untuk mempastikan hak rakyat Kelantan dikembalikan oleh kerajaan Pusat.

Keangkuhan dan kezaliman manusia-manusia bernama Najib, Muhyiddin, Mustapa Mohd, Awang Adik Hussin dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka perlu ditamatkan. Hak kerajaan dan rakyat Kelantan perlu dilunaskan sebelum mereka menjahanamkan royalti dengan nama baru - wang ehsan - untuk tujuan yang buruk, merampas Kelantan dari PAS.

Jangan tunggu esok kerana esok mungkin sudah terlambat!


Dan alhamdulillah, kerajaan Kelantan peka dan mendengar seruan itu. Maka pada 28 Januari, satu majlis solat hajat perdana diadakan di Kota Bharu pada 28 Januari lalu.

Dan beberapa minggu yang lalu, di saat isu royalti dihangatkan kembali, pimpin PR nampaknya masih leka. Kita gegarkan mereka supaya sedar dan jangan leka. Kita katakan:

Berdasarkan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang ditandatangani dintara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas, tindakan Dato Seri Mustapha Mohammad yang secra berterusan menafikan hak royalti minyak Kelantan itu boleh diambil tindakan mahkamah.

Para peguam Pakatan Rakyat perlu berusaha untuk mengheret Mustapha dan kerajaan BN ke muka pengadilan. Jangan kesemua peguam hanya bertumpu kepada inkues Teoh dan liwat Saiful.

Kelantan Bangun! PR Bangun!


Dan alhamdulillah pada 23 Februari lalu, PR akhirnya bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Petroleum yang dipengerusikan oleh Datuk Husam Musa.

Justeru, apakah GB seorang blogger celaka seperti yang diutarakan oleh beberapa orang penyokong tegar UG?

Tak kisah jika itu hendak digerlarkan kepada GB. GB hanya mampu berserah kepada Allah. Sampai bila PAS nak memusuhi blogger? Sampai bila hanya nak bergantung kepada blogger pengampu dan pencacai? Yang GB tahu, PAS akan menanggung akibatnya. Bagi GB, hasbiyallah lailahailla huwa alaihi tawakkaltu wahuwa rubbul arsyi 'il-azhiim.

** dari geeenboc ni,, aku seronok baca,,, sedut terus,,,

No comments:

Post a Comment