Pages

Saturday, February 6, 2010

Semoga meriam mng malam ni,,,,

Chelsea fokus jumpa Arsenal


TERRY (kanan) tidak akan mengetuai England, sebaliknya Ferdinand diberi tanggungjawab mengambil alih tugasnya.


LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti yakin barisan kendaliannya tidak mudah terpengaruh dengan isu John Terry yang dilucutkan tugas sebagai kapten skuad kebangsaan England.

Sebaliknya, Ancelotti percaya anak-anak buahnya lebih fokus menjelang pertemuan menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana England di Stamford Bridge malam ini.

Kelmarin, jurulatih England, Fabio Capello membuat keputusan untuk melucutkan tugas kapten England yang dipikul Terry berikutan kontroversi yang timbul mengenai hubungan sulitnya dengan bekas teman wanita rakan karibnya, Wayne Bridge.

Keputusan Capello tersebut telah mengejutkan ramai pihak terutama Terry dan ia pasti mengganggu konsentrasi kapten Chelsea itu untuk turun beraksi menentang Arsenal.

Bagaimanapun, Ancelotti mengagumi sikap Terry yang dikatakan bijak mengendalikan isu kontroversinya itu.

"Terry merupakan seorang pemain yang baik kerana dia bijak melupakan segala masalah yang dihadapinya ketika menjalani latihan. Dia telah menguruskannya dengan baik kerana sikapnya yang tabah.




"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Terry tetapi saya tidak berminat untuk mencampuri urusan peribadinya mahupun orang lain.

"Saya akan tetap memberi sokongan kepada dirinya kerana saya faham ini adalah merupakan situasi yang sukar bagi Terry.

"Dia tidak melakukan kesalahan seperti membunuh. Saya membimbing kelab dan Capello membimbing skuad kebangsaan. Keputusan untuk mengekalkan Terry sebagai kapten kelab adalah bergantung kepada saya," jelas Ancelotti.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Arsenal, Ancelotti berkata, dia akan menggunakan strategi yang sama ketika menang ke atas skuad The Gunners itu 3-0 pada pertemuan pusingan pertama di Emirates, November lepas.

"Saya akan mengarahkan pemain-pemain saya untuk mengekang pergerakan pemain tengah Arsenal yang sentiasa kreatif dalam melakukan serangan.

"Kami mempunyai peluang yang cerah untuk menjarakkan kedudukan mata dengan Arsenal. Jika mereka kalah, keadaan itu pasti menambah tekanan buat mereka untuk bersaing kedudukan teratas liga.

"Kami akan berusaha untuk mengulang sekali lagi kejayaan lalu," tambah Acelotti. - AFP

No comments:

Post a Comment