Pages

Thursday, March 18, 2010

Awat tak mampuih pi,,,

Pusat Pelacuran Gay Terbakar, Lelaki Diselamatkan Dalam Keadaan Bogel

http://img.metro.co.uk/i/pix/2010/03/18/article-1268908219067-08C465C5000005DC-982136_636x404.jpg
'Memeth J' berlindung sebalik pada balkoni bangunan yang sedang terbakar - dengan harapan keluarganya tidak mengenalinya daripada 'belakang'.


Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai 'Memeth J', berkata bahawa dia sedang melawat kawannya yang tinggal di pangsapuri di Basel, Switzerland, yang menjadikan bilik bawah tanahnya sebagai sarang pelacuran transeksual (pondan)- tetapi menolak apabila dikatakan beliau salah seorang pelanggan.

Dia memberitahu akhbar Blick bahawa dia berkawan dengan rakan transeksualnya, yang hanya dikenali sebagai 'Tamilo H', sejak sepuluh tahun lalu, dan mengadakan parti dengannya di pangsapuri itu. Dia tertidur dan hanya terbangun ketika mendapati pangsapurinya terbakar.

Lalu dia melarikan diri ke balkoni - tetapi ia dapati telah ramai dengan bomba, krew TV dan jurugambar-jurugambar di luar. Dia berjaya dipujuk untuk meninggalkan balkoninya apabila anggota bomba berjanji untuk menutup mukanya.

"Saya berharap keluarga saya tidak mengenali saya daripada bahagian punggung saya," katanya.

"Saya seorang gay, tetapi keluarga saya tidak mengetahuinya jadi saya tidak boleh mendedahkan wajah saya," Memeth berumur 33 tahun turut memberitahu akhbar Blick ia bekerja di sebuah bar gay di Zurich.

2 comments: