Pages

Sunday, March 28, 2010

bodo,, ibarat condem anak sendiri,,,

Awang Adek Hina Rakyat Kelantan Yang Kerja Luar Negeri!

Kelantan terpaksa eksport pekerja kerana mundur

KOTA BHARU 28 Mac – Kelantan boleh menjadi seperti Bangladesh dan Indonesia yang terpaksa ‘mengeksport’ tenaga kerja rakyatnya ke luar negara kerana masalah kemunduran. Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, sindrom penafian tentang keadaan sebenar yang berlaku menjadi punca Kelantan terus mundur dan rakyatnya terpaksa merantau ke tempat lain.

Menurut beliau, kerajaan Pas Kelantan seharusnya berhenti menyalahkan pihak lain di atas kegagalan mereka membangunkan negeri ini.

“Kita sepatutnya menerima hakikat dan selepas itu barulah kita boleh cari jalan bagaimana hendak menyelesaikan masalah.

“Kalau kita tidak terima hakikat ini dipanggil sindrom penafian, sindrom menidakkan, ‘Eh! kita molek dah Kelantan ni, orang kata tak molek kita kata molek dah,’ ini budaya penafian” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Kelantan kali ke-36 di Perdana Resort di sini hari ini.

Awang Adek berkata, sepatutnya pemimpin negeri ini berhenti mendakwa peluang pelaburan disekat pihak tertentu, sedangkan ia terjadi disebabkan kelemahan mereka merancang pembangunan negeri.

“Bila kita (pemimpin kerajaan negeri) nak berhenti menipu orang, kalau tidak boleh, kita kata orang sekat. Tidak disebut kelemahan kita, semuanya orang buat.

“Misalnya, kalau kita sakit, sebab orang bomohkan kita, padahal kita yang makan daging berlebihan, menghisap rokok, itu tak timbul,” katanya.

No comments:

Post a Comment