Pages

Monday, March 1, 2010

Bukti Umno tipu Melayu

ambik dari penarik beca

Bernama melaporkan, Pengerusi Mara Datuk Idris Jusoh berkata, perjalanan Mara untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera masih lagi jauh kerana terdapat ramai lagi anggota masyarakat itu yang masih miskin. Datuk Patrick Lim yang mencipta banyak kekayaan ketika Derih menjadi Menteri Besar Terengganu agaknya setuju sungguh dengan kenyataan itu.

Kalau ada yang tidak bersetuju, orang itu mungkin Altantuya Shaariibuu yang begitu misteri kematian dan pembunuhannnya. Khabarnya, beliau dijanjikan sehingga setengah juta dolar oleh orang-orang Melayu tertentu. Kalau sehingga begitu lumayan habuan yang dijanjikan kepadanya, tidak mustahil wanita malang itu rasa orang-orang Melayu kaya raya belaka.

Apa pun, Derih memang bercakap benar apabila beliau berkata perjalanan Mara untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera masih lagi jauh. Mana tak jauh, peruntukan kepada MARA ditekan-tekan sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta pada 2009 - bagi IKM, peruntukan untuk 2010 hanya RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009. Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009 (lihat juga rajah dalam posting blog ini bertajuk "Ketuanan dewa-dewa Melayu").

Kenyataan Derih bahawa 88 peratus daripada yang miskin di Malaysia adalah Bumiputera dan bilangan golongan profesional masih lagi rendah sebenarnya sekaligus membuktikan betapa pembohongnya Umno yang berlagak sebagai sebagai juara Melayu terutama selepas pilihan raya umum 8/3/08 lalu. Pembohong macam itu pun masih ada orang PAS yang tergila-gilakan perpaduang dengan Umno.

Tak taulah sampai berapa kali jatuh dalam satu lubang.

Nota hujung: Puak-puak gila Umno dalam PAS Selangor kini saban hari berkempen memburuk-burukkan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Haji Khalid Abdul Samad. Puak ni sudah begitu teruk tergila-gilakan Datuk Dr Hassan Mohamed Ali. Sampaikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi pun dipuji berasap-asap. Saya baru berjumpa salah seorang dari mereka.

No comments:

Post a Comment