Pages

Wednesday, March 24, 2010

debat,,, jgn tak debat,,,

Tee Keat Setuju Berdebat Dengan Calon MCA Lain

SEREMBAN, 24 Mac (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menyambut baik cadangan supaya perdebatan diadakan menerusi televisyen dengan calon-calon yang bertanding pada pemilihan parti Ahad ini.

Katanya, tidak ada masalah untuk beliau muncul di televisyen tetapi jika hanya beliau sahaja seorang yang bersetuju, tidak ada gunanya untuk berdebat.

"Saya memang menyambut baik sebarang cadangan yang bernas dan saya juga didatangi oleh pihak TV dengan cadangan sedemikian rupa dan saya rasa debat itu adalah untuk kebaikan," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan para anggota MCA Negeri Sembilan di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan seorang veteran MCA dari Bahagian Pulai, Johor, Low Teh Hian semalam, yang mahu supaya calon-calon yang bertanding bagi presiden MCA menyatakan strategi mereka untuk memulihkan parti menerusi televisyen menjelang pemilihan parti itu.

Sekurang-kurangnya ini membolehkan calon-calon berkenaan untuk menyuarakan misi dan visi masing-masing tentang satu topik dan masa depan parti serta masa depan negara, katanya.

Dalam pada itu Ong turut menyelar sesetengan pihak yang menggunakan helah muslihat yang kotor dalam pemilihan parti kali ini.

Beliau berkata ada banyak muslihat yang baik atau pun yang kotor tetapi ia sepatutnya digunakan untuk menyerang parti lawan semasa pilihan raya umum.

Kreativiti para anggota MCA, kini nampaknya disalahgunakan, kata Ong.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment