Pages

Friday, March 19, 2010

Hal-Ehwal MP Bebas Kini


Berita Harian keluaran hari ini memaparkan keratan akhbar tentang cerita terbaru MP-MP bebas bersertakan kenyataan mereka setelah sidang Dewan Rakyat bermula setelah lama ditangguhkan.

MP Bayan Baru menyatakan bahawa beliau menyokong gagasan 1Malaysia.Beliau juga menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO perlu diberi peluang untuk memperkenalkan gagasan tersebut.Persoalannya,adakah beliau sudah lama menyokong gagasan 1Malaysia yang ramai daripda pembangkang tahu cuma agenda politik PM sahaja untuk menarik sokongan rakyat ini.Mungkinkah beliau yang boleh dikatakan duri dalam daging Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sudah mula menyokong 1Malaysia sejak diperkenalkan semasa beliau masih lagi dalam PKR?Maknanya,sudah jelas MP Bayan Baru memang tidak setia pada parti.Jika benar beliau menyokong gagasan tersebut,sepatutnya sudah lama beliau mengundurkan diri beliau sebagai ahli PKR.Lebih awal lebih bagus.

MP Nibong Tebal pula menyatakan beliau banyak belajar daripada PKR dalam membawa suara rakyat ke Dewan Rakyat.Tidak kira sama ada PKR atau pun bebas,beliau masih sama menjadi MP yang membawa suara rakyat.Bukankah kelakar bunyinya?Mungkin beliau cuma menyertai PKR hanya untuk membiaya beliau bertanding dan menang,bukanlah kerana setia dan betul-betul berjuang untuk parti.Apa-apa pun,jelas beliau keluar PKR kerana Ketua Menteri Pulau Pinang,bukannya kerana PKR.

MP Kulim-Bandar Baru pula menyatakan bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai MP dan tidak akan mengundurkan diri beliau.Berbeza dengan MP-MP di atas,belia dipecat keluar daripada PKR.Hal ini boleh dikira sebagai salah satu pembuangan.Beliau juga menyatakan tidak akan memilih mana-mana parti yang belum tentu memperjuangkan yang benar(ceh macam la dia tu betul sangat wei) dan akan terus menjadi MP untuk memperjuangkan Islam.Jelas sekali kenyataan beliau ini menunjukkan beliau sudah serik dan putus asa untuk melobi mana-mana pihak untuk menarik beliau menyertai mana-mana politik.PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat sudah menyatakan tidak akan mengambil MP Kulim-Bandar Baru ini,tetapi agak menghairankan beliau tidak memilih untuk menyertai UMNO walaupun boleh dikatakan UMNO memang terbuka luas untuk beliau.Mungkin perjuangan UMNO bagi beliau adalah palsu semata-mata.Oleh itu,bagi penyokong UMNO yang juga menyokong MP Kulim-Bandar Baru ini yang terbaca posting saya pada kali ini diharapkan sedar bahawa UMNO tidak layak untuk MP Kulim-Bandar Baru.

Sekian,rumusan saya terhadap kenyataan MP-MP bebas dalam Berita Harian keluaran hari ini.

Assalamualaikum warahmatullah dan Selamat sejahtera.

No comments:

Post a Comment