Pages

Wednesday, March 24, 2010

Katak bercerekarama,,, wek,,, wek,,,

Fuhh..Inilah Kenyataan YB Kulim Yang Di nanti-nantikan Oleh Najib dan Rosmah..

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin mendakwa beliau pernah ditawarkan ganjaran untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, wakil rakyat yang dipecat daripada PKR itu mendakwa dia ditawarkan sejumlah habuan yang besar untuk berbuat demikian.

"Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut. "Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.

"Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut," kata Zulkifli.

Jelasnya, beliau juga menerima gangguan daripada "pihak ketiga" dalam usahanya untuk mewakili tertuduh dalam perbicaraan kes profesional sebagai peguam membela kes tersebut," katanya lagi.-mlykini

No comments:

Post a Comment