Thursday, March 25, 2010

Kena dah sorang ... ada lagi tak lepas ni,,,

Pegawai Kanan Istana Bergelar Datuk Ditahan Polis

KOTA BAHARU, 23 Mac (Bernama) -- Polis menahan seorang pegawai kanan Istana yang bergelar datuk di kediamannya, di Taman Sri Aman, Kubang Kerian di sini, hari Khamis dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja.

Sumber polis berkata lelaki itu ditahan pada 9 malam dan disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan.

"Kita telah menahannya pada malam ini untuk mengambil keterangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Tengku Abdul Aziz Hamzah dan dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota.



Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, berita itu disambut tenang oleh Tengku Muhammad Faris Petra apabila tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail, di sini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment