Pages

Thursday, March 4, 2010

kena kat depa mesti sunyi sepi,,,

Seandainya Ust Azizan Yang Roboh.. Sudah tentu 14 hari 14 malam akan keluaq cerita ini...

Kenyataan Bohong Kerajaan BN, Menteri Besar Terengganu dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/IMG_3991.JPG - Terhadap Perobohan Rumah Orang Miskin Di Kg Paya Bunga

KUALA TERENGGANU - Ikatan Anak Watan Darul Iman ( IKHWAN ) mengutuk tindakan zalim dan ketidakperimanusiaan yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu terhadap para penduduk Kg. Paya Bunga tanpa pertimbangan kemanusiaan.


Presidennya, Fariz Musa berkata, tindakan merobohkan rumah-rumah rakyat miskin pada 2 Mac 2010 adalah tindakan tidak berperimanusiaan yang melibatkan Menteri Besar Terengganu, Dato’Ahmad Said dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail.

Beliau menjelaskan, tindakannya bukan bertujuan menghalang pihak Pejabat Tanah Kuala Terengganu atau penjawat awam menjalankan tugas, tetapi memohon budi bicara untuk berunding menyelesaikan masalah penduduk terbabit.

“Saya bertindak sedemikian agar pihak Kerajaan mengambil tindakan menangguhkan dahulu perobohan rumah tersebut dan menyelesaikan terlebih dahulu masalah pendudk terbabit,

“Malangnya Pegawai Daerah Kuala Terengganu yang turut berada dilokasi tersebut mengarahkan agar perobohan rumah tersebut diteruskan,”katanya dalam satu sidang media disini semalam.

Beliau berkata, pihaknya bersama para penduduk pada 21 Febuari 2010 telah menghantar memorandum kepada YAB MB Terengganu merayu dan memohon beberapa tuntutan dan harapan para penduduk yang majoriti mereka dhaif dan miskin.

“Mereka golongan berpendapatan rendah , warga tua , penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat , penerima zakat daripada MAIDAM memohon menangguhkan tindakan merobohkan rumah-rumah mereka, namun, ternyata MB Terengganu tidak mengendahkan langsung memorandum rakyat tersebut,”ujarnya.

Pihaknya amat kesal, kerana katanya, tiada sebarang perundingan dan berbincangan di buat oleh pihak Kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu termasuk dari pihak ADUN Bandar serta Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu bersama para penduduk terbabit.

Beliau turut menyangkal dakwaan Pegawai Daerah Kuala Terengganu bahawa penduduk terbabit mendirikan rumah secara haram.

”Berdasarkan dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu yang bertarikh 26 Mac 1957 mengesahkan bahawa mereka telah diberikan Lesen Menduduki Sementara ( TOL ), dan dinyatakan juga mereka mendudukinya sejak tahun 1933 lagi,

“malah resit-resit membuktikan bahawa mereka telah membayar cukai pintu kepada Pejabat Bandaran Kuala Terengganu bermula 19 September 1954 dan terdapat dokumen cukai tanah kepada State Truseru Terengganu Tanah Kuala Terengganu yang ketika itu masih ‘Government of Federation Malaya State Terengganu’, malah pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu masih menghantar kepada tuan-tuan rumah BIL CUKAI TAKSIRAN pada tahun 2008,

“adalah pelik rumah haram pernah ada Lesen Menduduki Sementara? Ada resit cukai pintu ? Ada notis MBKT mengarahkan tuan rumah bayar cukai taksiran pada tahun 2008? Rumah haram jenis apa sebegitu ?,”soal Fariz.

Beliau berkata, Dato’ Ahmad Said jelas berbohong, dengan berkata penduduk tersebut menetap selama berpuluh-puluh tahun secara haram tanpa sebarang denda.

“Kita juga menyangkal kenyataan Dato’ Ahmad Said, yang jelas berbohong, sedang masih ada 5 keluarga yang tidak mempunyai rumah dan tidak bersedia untuk berpindah ke rumah kos rendah di Kg. Mengabang Lekar, kerana tidak mampu membayar deposit rumah , deposit air dan elektrik serta berjauhan tempat mereka bekerja,”tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan, mengapa hak untuk mendapatkan pampasan sama ada kepada tuan rumah atau penyewa, dinafikan oleh Kerajaan UMNO/BN Terengganu.

“Sedangkan mereka bukannya pendatang asing yang meneroka secara haram di tanah kerajaan, mereka adalah anak watan Terengganu yang menjadi kewajipan kepada kerajaan untuk membantu mereka,

”kerajaan boleh habiskan berbilion ringgit untuk Moonsun Cup , mengadakan projek yang tidak menguntungkan rakyat , membazirkan wang rakyat untuk projek-projek mega,

“mengapa kerajaan tidak mampu membantu mereka menjelaskan deposit RM3000 dan RM250 untuk deposit air dan elektrik,”katanya.

Sehubungan itu, beliau mengesyakki ada ‘unsur rasuah salahguna kuasa’ dengan tindakan terburu-buru pihak kerajaan mengarahkan penduduk mengosongkan dan merobohkan rumah-rumah mereka.

Justeru, pihaknya memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti perkara tersebut dan akan memanjangkan isu tersebut kepada pihak SUKAHAM.

”Sekiranya masalah, hak, dan tuntutan penduduk terbabit, tidak diselesaikan dalam tempoh 2 minggu, kita akan panjangkan perkara ini kepada pihak SUHAKAM,”katanya.

Beliau turut melancarkan ‘Tabung Paya Bunga’ bagi mendapatkan dana membantu penduduk terbabit




sumber dari kedah la nie...

No comments:

Post a Comment