Pages

Wednesday, March 31, 2010

Ni bukan april fool....

BEKAS TIMBALAN PRESIDEN MCA AKAN KELUAR PARTI?


BEKAS timbalan presiden MCA Tan Sri Lim Ah Lek kemungkinan akan keluar dari MCA walaupun beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan hasrat untuk berbuat demikian sebelum ini.

Sumber parti memberitahu Bernama bahawa Lim mengubah pendiriannya selepas dirayu oleh empat veteran parti dalam satu pertemuan selama 90 minit di sebuah hotel di sini Rabu.

Empat tokoh berkenaan ialah dua bekas presiden dua bekas presiden -- Tan Sri Ong Ka Ting dan Tan Koon Swan serta timbalan presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan bekas ahli Jawatankuasa Pusat (CC) Datuk Wong Mook Leong.

Lim sudah bersedia mengemukakan surat pengundurannya kepada setiausaha agung parti semalam tetapi menangguhkan niat itu selepas diminta oleh empat pemimpin veteran itu yang ingin bertemu dengannya hari ini.

Namun demikian keputusan beliau untuk menangguhkan hasratnya keluar parti bukan keputusan muktamad dan ramai pemerhati politik percaya beliau akan berbuat demikian pada masa terdekat ini.

Adalah difahamkan, Lim dalam draf suratnya telah menyatakan hasrat untuk keluar parti berikutan pemilihan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai presiden pada pemilihan baru parti itu Ahad lalu. Beliau merasakan pemilihan Dr Chua yang mempunyai skandal sebelum ini tidak sesuai dengan prinsip moral yang dipegang teguh oleh Lim Ah Lek sejak dari kecilnya.

Dr Chua menewaskan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ka Ting dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan presiden.

Bagi saya keputusan Lim untuk keluar parti adalah keputusan yang tepat kerana kemenangan Dr Chua sebenarnya menambahkan lagi persepsi negatif negara luar kepada Malaysia kerana pemimpin yang mempunyai skandal dipilih menjadi Presiden sebuah parti yang sedang menjadi kerajaan. Ini jelas menunjukkan ahli dan pemimpin parti tersebut tidak sensitif dengan nilai moral.

No comments:

Post a Comment