Pages

Thursday, March 11, 2010

Pakatan akan menang mudah dalam PRU13 andai DSAI dipenjara

SHAH ALAM: Penasihat DAP Lim Kit Siang meramalkan Pakatan Rakyat akan mendapat laluan mudah pada pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat.

"Jika beliau dipenjarakan motto kami akan jadi bebaskan Anwar dan undi Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Ipoh Timor itu dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di sini baru-baru ini.

Anwar yang juga Ketua Umum Keadilan Rakyat (KEADILAN), menghadapi tuduhan liwat kedua selepas satu dekad dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dan pernah dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan liwat.

Pilihan raya umum akan datang dijadual akan di adakan pada tahun 2013 tetapi penganalisa politik menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan mengadakan pilihan raya segera selepas pilihan raya Sarawak pada Julai 2011.

Lim berkata, kerajaan Barisan Nasional hanya mengundang musibah sekiranya ia meneruskan dakwaan liwat ke atas Anwar yang menafikannya dan menyifatkannya sebagai konspirasi politik.

Beliau juga mengulangi sokongannya kepada Anwar sebagai Ketua Pembangkang. "Beliau (Anwar) akan terus menjadi Ketua Pembangkang sehingga beliau menjadi Perdana Menteri," katanya.
- Harakah.

No comments:

Post a Comment