Friday, April 23, 2010

50k x100 = 50juta tu,,, dasyat depa perayat,,,,

Bekas peneroka Felda Sg Buaya terima RM50,000


Seratus bekas peneroka Felda Sungai Buaya, termasuk waris mereka menerima wang pendahuluan RM50,000 bagi pampasan tanah daripada kerajaan Persekutuan, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bayaran pendahuluan itu yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM5 juta akan menamatkan penantian 15 tahun bekas peneroka Sungai Buaya dan waris mereka berhubung isu pampasan tanah tertunggak.

Najib berkata bayaran itu diberi dalam bentuk RM1,000 tunai dan bakinya dalam bentuk bank draf.

Beliau berkata demikian di majlis penyampaian pembayaran tanah Felda kepada bekas-bekas peneroka, penyerahan cek pembinaan jalan susur keluar masuk Sungai Buaya dan penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di Hulu Selangor di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya di Hulu Selangor.

- Bernama

1 comment:

  1. salam...
    pakai 1000 tu la yg dapat...yg lain kena kencin la....

    ReplyDelete