Pages

Wednesday, April 7, 2010

ada imbuhan klau kenari JUARA,,,,,

Skuad Kedah Akan Terima Imbuhan Jika Juarai Piala FA

ALOR STAR, 7 April (Bernama) -- Skuad bola sepak Kedah yang kini dalam persiapan menghadapi perlawanan akhir Piala FA, dijanjikan imbuhan oleh kerajaan negeri jika berjaya menggondol kejuaraan itu.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata bagaimanapun bentuk imbuhan yang bakal diberikan masih belum diputuskan dan akan dibincangkan kemudian.

"Kita akan fikirkan, tengok imbuhan yang sesuai untuk pemain dan mereka kena main bersungguh-sungguh untuk menang perlawanan itu.

"Walaupun Kedah akan berhadapan dengan pasukan Negeri Sembilan yang hebat dan berpengalaman, tapi saya yakin dengan semangat muda pemain-pemain mampu untuk mencapai kemenangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini Rabu.

Kedah layak ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan Terengganu 2-1 pada saingan separuh akhir. Mereka akan bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan yang dijadual Sabtu ini.

Sementara itu, Azizan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata kerajaan negeri telah mengenalpasti lot-lot banglo di Bandar Sejahtera, Pokok Sena dekat sini, untuk diberi kepada pemain serta pegawai KFA musim 2007-2008.

Tanah berkenaan dihadiahkan kepada skuad Hijau Kuning musim berkenaan selepas berjaya menjuarai Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia di bawah bimbingan jurulatih ketika itu Azraai Khor Abdullah.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment