Pages

Saturday, April 17, 2010

insyaallah ..kita akan beroleh kemenangan,,

PRK P94 Hulu Selangor: Dari Air Muka Zaid Ibrahim...........


Saya agak skeptikal pada mula-mula namanya disenaraikan sebagai calon PRK Parlimen Hulu Selangor.

Tetapi bila mengenangkan diri sendiri pun tidak sempurna mana, tetapi sentiasa ingin ber'hijrah' daripada zaman kegelapan kepada kesinaran dan kemurnian Islam, saya mula terfikir, tentu sekali personaliti ini sudah berubah gaya hidupnya dan memang sudah berubah sekembali daripada menunaikan fardhu hajinya.

Di antara calon-calon yang diterima sah bertanding dalam PRK P94 Parlimen Hulu Selangor, beliau merupakan 'heavyweight' di antara 'feather-weight' dari segi pengalaman berpolitik, kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran. S amat yakin beliau merupakan satu aset kepada pengundi Hulu Selangor khasnya dan Pakatan Rakyat amnya

Daripada air mukanya serta berpeluang bertemu pertama kali secara 'in person' dan berjabat tangan semalam, matanya sentiasa merenung tanda menghormati setiap mata yang berjabat-tangan dengannya, saya dapati beliau mempunyai perawakan yang lembut dan tidak sombong, sesuai menjadi pemimpin untuk semua kaum.

Adalah diharapkan pengundi-pengundi di Hulu Selangor mengundi calon PKR/Pakatan Rakyat iaitu Datuk Zaid Ibrahim.

Untuk renungan:

Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung. (Surah asy-Syura, ayat 43).

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

No comments:

Post a Comment