Sunday, April 11, 2010

Kata PR tak bagi apa,,,


SG TENGI 6 Apr - Langkah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor menyerahkan borang pemilikan tanah kepada 108 penduduk Ulu Bernam baru-baru ini telah memeranjatkan rakyat yang selama 50 tahun telah ditipu oleh Umno-Barisan Nasional.

Menurut Selamat Rakio, Ketua Kampung Desa Maju, Sg Tengi beliau terperanjat dengan kemampuan dan keikhlasan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang berjaya menyelesaikan masalah rakyat yang tidak mempunyai tanah dalam tempoh dua tahun sahaja berbanding dengan 50 tahun pengabaian Umno-BN.

"Ini betul-betul satu kejutan daripada pentadbiran Pakatan Rakyat bahawa dalam tempoh dua tahun sahaja mereka mampu mengatasi masalah yang membelenggu penduduk lebih 50 tahun.

"Di sinilah letaknya jurang perbezaan antara BN dan Pakatan Rakyat. BN yang memerintah lebih 50 tahun tidak dapat selesaikan masalah rakyat malahan siapa yang menjadi ahli jawatankuasa kemajuan kampung dan kroni sahaja yang dapat tanah. Buka sahaja tanah rancangan baru, kroni BN berebut-rebut nakkan tanah, jadi yang miskin bertambah miskin tidak dapat apa-apa, yang kaya bertambah kaya," kata Selamat selepas menyampaikan memorandum kepada Khalid pada Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Selangor di Sg Tengi Ahad lalu.

Memorandum tersebut memohon bantuan kerajaan negeri memberi tapak rumah kepada 150 orang yang mewakili generasi kedua peneroka Felda.

"Kami memohon agar generasi kedua peneroka Felda Sg Tengi yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menumpang ibubapa serta bekerja sebagai buruh memohon tanah untuk penempatan.

"Kami juga memohon diberi kawasan ladang untuk tanaman kontan.

"Wakil rakyat BN tidak pernah membantu walaupun berpuluh kali mereka memohon namun tidak ada apa-apa jawapan. "Kalau ada tanah yang diberi hanya kepada kroni mereka sahaja," kata beliau lagi. - SK

No comments:

Post a Comment