Pages

Saturday, April 17, 2010

Perlu di pertingkatkan,,,

PKR Masih Lemah Di Sabah?

JIKA di lihat senario politik di Tenom Sabah, dapat di lihat dengan sejelas-jelasnya bahawa kedudukan UMNO dan BN agak goyah dan rapuh di sini. Terlalu banyak kelemahan yang tidak mampu di atasi oleh kepimpinan UMNO di kawasan pedalaman ini. Walaupun UMNO/BN dilihat tidak kuat, tetapi PKR juga lemah kurang bermaya.

Namun PKR di Tenom tidak seberapa gah dari segi pentadbiran, strategi, berlakunya ketidak-sefahaman sesama sendiri serta perebutan kuasa yang memangkin faktor PKR dilihat sebagai sebuah parti yang lemah. Perspektif inilah yang harus kita lupuskan di kawasan-kawasan pedalaman seperti Tenom ini.

Beberapa aspek kelemahan UMNO seperti faktor kemunduran ekonomi rakyat yang tidak mendapat pembelaan sepenuhnya dari Kerajaan UMNO/BN. Masih banyak dapat dilihat para penduduk kampung yang miskin tegar yang hidup berlandaskan sistem kendiri namun belum menjurus kepada ‘harakiri’.

Kepimpinan UMNO/BN di Tenom khususnya hanya sibuk menjaga kepentingan dan keistimewaan diri dan kroni-kroni sendiri dari memikirkan strategi terbaik untuk bantu menaik-tarafkan ekonomi orang kampung. Naik tarafkan jalan raya selalu dibuat kerana itu satu keberuntungan diri Ketua Bahagian, Wanita dan Puteri UMNO.

Masing-masing sibuk mengejar tender, itupun tender runding harga (main kasi sahaja). Bukannya tender terbuka, tau-tau sudah dapat tender, kerana Ketua ada ‘cable’ orang atas. Hebat bukan!

Kebajikan rakyat bukan masalah buat mereka, masalah mereka siapa cepat, siapa ada ‘cable’ orang atas dia dapat!

Melalui beberapa kajian yang dijalankan, rakyat Tenom walau apa pun fahaman ideologi politik mereka, semuanya ketandusan bimbingan dari kepimpinan. Segala permasalahan mereka tidak diambil peduli oleh para ‘Firaun kecil projek’ dalam UMNO di Tenom.

Kepimpinan PKR di Majlis Pimpinan Negeri harus melaksanakan satu inisiatif dengan sentiasa para pemimpin dari MPN turun padang ke daerah-daerah pedalaman seperti Tenom kerana kehadiran para kepimpinan Negeri mampu menyuntik satu anjakan paradigma dan semangat supaya mereka lebih bersatu padu dan sedar bahawa kelemahan UMNO/BN di Tenom merupakan satu lonjakan bonus buat kepimpinan PKR di Tenom menawan daerah ini.

No comments:

Post a Comment