Pages

Friday, April 2, 2010

perniagaan berkeluarga,,,, yg,, @#%^$

Enam sekeluarga ditahan bersama dadah lebih 20 gram

KUALA LUMPUR - Enam sekeluarga ditahan bersama 20,289 gram dadah jenis ketamin bernilai kira-kira RM300,000 dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di Jinjang, di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, mereka yang ditahan itu terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan tiga warga India termasuk dua wanita berumur antara 22 dan 54 tahun.

Beliau berkata, dua lelaki tempatan berumur 40 dan 54 tahun itu adalah adik beradik dengan seorang daripada mereka mempunyai perniagaan kedai makan di Grik, Perak manakala dua wanita warga India itu merupakan isteri kepada kedua-dua beradik tersebut.

"Dua lelaki lain ialah anak dan anak saudara kepada salah satu pasangan suami isteri itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zakaria berkata, ketika serbuan dibuat pada kira-kira pukul 11 malam, kesemua mereka sedang melakukan kerja-kerja pembungkusan dadah. - Bernama

No comments:

Post a Comment