Pages

Saturday, April 10, 2010

Pronthip pening ngan kerajaan malaysia

NONE
Terkejut jugak aku bagaimana kerajaan yang memperjuangkan keseragaman, kesamarataan 1Malaysia boleh memberi tekanan politik sehinggakan Dr Pornthip tidak akan menghadiri inkues Teoh Beng Hock.

Bukan aku yang kata, tapi cerita ni mai dari laporan Malaysiakini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

Mai kita pakat pakat check tengok sapa yang dikatakan tidak senang dengan kehadiran Dr pornthip? Tak ramai dah kalau ikut perkiraan aku. Adakah ini menandakan kes Teoh akan ditutup dengan menyimpulkan bahawa, Teoh yang akan berkahwin esoknya telah terjun dengan sendirinya sehinggakan tali pinggangnya putus.

No comments:

Post a Comment