Tuesday, April 6, 2010

sapa berani tangkap najib cek oi,,,

AMK Desak Polis Siasat Najib, Khairy

Angkatan Muda KEADILAN mendesak Polis DiRaja Malaysia untuk menyiasat Perdana Menteri dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno berhubung isu APCO Worldwide yang didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 30 Mac lalu.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu polis mengambil tindakan terhadap laporan beliau serta menyiasat dakwaan campur tangan APCO dalam urusan keselamatan negara.

"Kita tidak mahu polis berdiam diri atau mengambil sikap "double standard. Kita menbuat laporan polis ke atas dua individu yang mempertahankan penglibatan Apco Worldwide Sdn Bhd, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

"Penglibatan kedua individu ini secara langsung ataupun tidak langsung memberi impak yang sangat besar kepada negara dalam konteks keselamatan khususnya. Apatah lagi bukti konkrit telah didedahkan di Parlimen mengenai kaitan tokoh Zionis dalam Apco yang dilantik sebagai perunding komunikasi Malaysia yang langsung tidak dinafikan secara imperikal oleh mana-mana pihak daripada kerajaan Malaysia khususnya Umno," jelas Shamsul.

Beliau berharap isu pencabulan negara melalui APCO dapat dihentikan dengan segera.

"Najib sebagai pemimpin seharusnya sedar akan risiko yang diambil dengan membenarkan APCO terlibat untuk menasihati beliau dalam hal ehwal komunikasi dan "image building". Beliau dilihat obses dengan slogan 1Malaysia yang hanya mencetus polemik yang berpanjangan kerana didakwa wujud acuan Zionis dalam gagasan tersebut yang diwar-warkan saban hari oleh Najib.

"Hubungan baik Khairy dan Pengarah Ethos & Company Omar Mustapha Ong yang dahulunya merupakan penasihat kepada Najib sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, boleh memberi petunjuk mengapa Khairy bermatian mempertahankan Ethos dan Omar yang didakwa bertanggungjawab menghubungkan kerajaan Malaysia dan Apco.

"Kita percaya hubungan baik sama sekali tidak boleh digunapakai untuk menghalalkan susupan masuk Zionis di dalam pentadbiran negara. Kita mengulangi gesaan Ketua Pembangkang betapa wujud keperluan sebuah Suruhanjaya DiRaja di bentuk untuk menyiasat penglibatan APCO demi menjamin keselamatan negara. Kita tidak mahu negara ini digolok gadai demi melempiaskan niat politik Umno semata-mata," sambung beliau lagi.

Shamsul juga berharap siasatan terperinci dibuat terhadap Najib dan Khairy ekoran tindakan mereka mempertahankan APCO tanpa membuat sebarang penjelasan.

"Tindakan kedua-dua individu terbabit menunjukkan seolah-olah isu keselamatan negara ini tidak penting sekali pun maklumat keselamatan negara secara tidak langsung akan diperolehi oleh kerajaan Israel melalui perjanjian yang telah dimeterai.

"Saya juga memohon supaya satu siasatan dibuat bagi memastikan apakah tujuan sebenar Najib dan Khairy mempertahankan kontrak yang dimeterai dan apakah "interest" mereka dalam perjanjian yang telah di meterai," jelas Shamsul lagi.

Turut hadir di IPD Dang Wangi termasuk Timbalan Ketua Angkatan Muda, Fariz Musa, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

(Suara Keadilan)

1 comment:

  1. wah.. panasss ni..haha..


    http://belogbagus.blogspot.com/

    ReplyDelete