Pages

Friday, April 2, 2010

Sembang jer kot,,,

Jangan tampal iklan pinjam wang

JOHOR BAHARU - Polis Johor memberi amaran keras kepada ceti haram atau ah long supaya berhenti daripada menampal iklan pinjaman wang di tempat atau harta awam di seluruh negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya bukan sahaja akan bertindak menurunkan iklan berkenaan tetapi juga akan mengenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ke atas mana-mana pihak yang mencetak iklan tersebut.

Beliau berkata, pihak polis dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menjalankan operasi bersama bagi menanggalkan semua iklan ah long.

Katanya, polis juga bertindak mengenalpasti ceti haram ini bagi dikenakan tindakan undang-undang ke atas mereka. - Bernama

No comments:

Post a Comment