Pages

Sunday, May 30, 2010

cewah,,cewah,, hebat nya,,baguihnya,,telusnya,,,,

SPRM Tahan Lapan Rakyat Singapura Cuba Rasuah Anggota Trafik

JOHOR BAHARU, 30 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan lapan rakyat Singapura kerana cuba memberi rasuah kepada anggota polis trafik atas kesalahan lalu lintas menerusi operasi selama tiga hari, mulai Jumaat lepas.

Pengarahnya Simi Abdul Ghani berkata kesemua lelaki dan wanita berumur 27 hingga 66 tahun itu ditahan berasingan di sekitar negeri ini selepas cuba memberi rasuah sebanyak RM20 hingga RM110.

"Kesemua mereka memberi suapan itu sebagai dorongan supaya tidak dikenakan tindakan atas kesalahan masing-masing," katanya di sini.

Beliau berkata kesemua mereka yang disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dilepaskan dengan jaminan selepas keterangan mereka direkodkan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment