Pages

Saturday, May 15, 2010

dah lama dah depa buat lagu ni,,

Umno-BN Salahguna PLUS, Syabas Semasa PRK Hulu Selangor

Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM 15 Mei - Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard menyifatkan siri pilihan raya kecil yang berlaku selepas Mac 2008 merupakan simbol pertembungan antara kapitalis besar dengan rakyat.

CheGuBard mendedahkan penglibatan syarikat konglomerat tempatan dalam kempen PRK di Hulu Selangor bagi pihak Barisan Nasional baru-baru ini merupakan tindakan yang menyalahi Akta Pilihan Raya.

Antaranya ialah Syarikat Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan dan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor).

"Kita mempunyai bukti bahawa terdapat penglibatan syarikat-syarikat ini. Antaranya kewujudan pondok panas PLUS di Bandar Sungai Buaya. PLUS tanpa selindung menunjukkan sikap berpihak kepada Barisan Nasional dengan menggantung sepanduk dan bendera BN.

"Kita juga mendapat maklumat bahawa Syabas menaja konvoi motosikal yang berkempen bagi Umno-BN di Felda Gedangsa, Sungai Tengi dan Suharto," kata beliau pada ceramah di Shah Alam semalam.

Beliau berkata ini membuktikan betapa terdesaknya Umno-BN yang telah kehilangan sumber dana dan idea sehingga terpaksa menunggangi syarikat berkepentingan awam untuk berkempen bagi pihak mereka.

Speaker Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Zaki Ibrahim yang turut hadir pada majlis penerangan itu mengingatkan rakyat agar berhati-hati dengan segala janji yang ditaburkan oleh Umno-BN.

Pengalaman PAS mentadbir Kelantan selama 20 tahun membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh pimpinan Umno-BN merupakan retorik politik bagi mendapatkan sokongan terutamanya dalam pilihan raya kecil.

"Di Pengkalan Pasir dalam PRK pada tahun 2005 mereka janji akan selesaikan masalah banjir. Tapi sampai sekarang projek besarkan parit belum bermula. Di Manek Urai mereka janjikan jambatan. Mana jambatan? Begitu juga di Bagan Pinang dan bakal berlaku juga di Sibu," kata Zaki.

Beliau turut mendedahkan mengenai isu wang ehsan di Kelantan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang merupakan lubuk duit bagi pemimpin Umno.

Umno Kelantan akan memanipulasi peluang tersebut bagi kepentingan politik mereka tetapi rakyat Kelantan tidak mudah terpedaya dengan taktik tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail pula berkata kerajaan negeri Selangor akan terus mempertahankan program kebajikan sebagai langkah pelaksanaan konsep "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

Beliau mendedahkan terdapat usaha untuk mensabotaj kerajaan negeri dengan menghalang proses pemilikan ke atas aset strategik terutamanya melibatkan konsesi pembekalan air.

"Kita boleh urus air sendiri dan mampu untuk berikan perkhidmatan yang baik. Pihak yang menganggu kita sebenarnya merupakan manusia yang mementingkan diri sendiri," jelasnya.

Beliau menjelaskan dengan pemilikan penuh kerajaan negeri ke atas syarikat konsesi air, rakyat Selangor akan mendapat kelebihan kerana mereka sendiri merupakan pemegang kepentingan dan rakan kongsi syarikat air milik kerajaan negeri.

"Keuntungan dari jualan dan perkhidmatan air ini akan dipulangkan semula kepada rakyat," kata Rodziah.

No comments:

Post a Comment