Pages

Tuesday, May 18, 2010

Hang pun teruk samy wei,,, nak nilai org kot mana,,,

Samy Vellu Akan Menilai Prestasi Ketua Cawangan MIC

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) - Sehari selepas mengumumkan beliau akan mengundurkan diri lapan bulan sebelum penggal beliau sebagai presiden MIC berakhir pada Mei 2012, Datuk Seri S.Samy Vellu pada Rabu berkata beliau akan menilai prestasi setiap ketua cawangan parti ke arah memantapkan lagi jentera parti di peringkat akar umbi.

Katanya, ia merupakan antara langkah berterusan beliau dalam menyusun semula kepimpinan parti.

Samy Vellu berkata proses penilaian tersebut penting sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 di mana undi masyarakat India amat penting bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN).

"Penilaian ini melibatkan mutu perkhidmatan yang diberikan, bilangan program yang diadakan, bilangan pengundi baru yang didaftarkan, maklum balas orang ramai, dan sebagainya," kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Samy Vellu berkata proses penilaian tersebut juga penting agar MIC akan mempunyai pemimpin-pemimpin yang komited dan rajin serta mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik.

"Cawangan-cawangan yang kurang atau tidak aktif akan dirombak dan diberi nafas baru melalui pelantikan pemimpin baru," katanya.

Samy Vellu berkata ibu pejabat MIC juga akan mengadakan kursus-kursus jangka pendek untuk semua ketua cawangan dalam masa terdekat ini.

"Kursus-kursus ini akan diadakan secara berperingkat mengikut zon-zon," kata beliau.

Beliau juga berkata MIC akan mengeluarkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk ketua-ketua cawangan supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang pantas dan efektif kepada masyarakat di lokasi mereka.

"Cawangan-cawangan baru juga akan diwujudkan yang akan dipimpin oleh golongan muda dan wanita," katanya.

Mulai sekarang, cawangan MIC boleh ditubuhkan dengan hanya 60 ahli sahaja berbanding dengan 100 ahli sebelum ini, dan ia telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan, kata beliau.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment