Sunday, May 9, 2010

Jom jadi polis,, bleh tembak org,,,

Apa cerita sebenarnya kes Allahyarham Adik Aminulrasyid??

Bagi orang yang macam aku yang selama ni agak 'blur' berkenaan kes hangat ni. Mungkin petikan tulisan Ummu Asiah kat bawah ni boleh bagi sikit kefahaman apa sebenarnya yang telah berlaku.


Fakta yang jelas


"Persoalannya jika ada penjenayah di luar sana apakah polis boleh terus tembak saja. Ini perjuangan dan persoalan sejak dari dulu lagi"

Surendran menegaskan bahawa fakta bagi kes ini adalah sangat mudah "very simple" dan saksi utama yang juga mangsa Adik Azzamuddin juga telah memberikan persaksiannya secara terbuka. Menurut Surendran lagi walau disoalsiasat berkali-kali dan berjam-jam adik Azam tetap dengan kenyataan yang sama seperti yang dapat kita lihat dan dengar di rakaman You Tube.

Pada malam tersebut setelah beberapa siri "unfortunate events" yang berlaku ke atas mereka, mereka telah dikejar oleh polis. Adik Aminulrasyid yang ketakutan hanya ingin pulang ke rumahnya dengan segera untuk rasa selamat dan dapatkan perlindungan. Namun pihak polis terus menerus mengejar mereka walaupun mereka telah memasuki ke kawasan perumahan yang hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai ke rumahnya.



20 das tembakan

Pihak Polis peronda yang terbabit telah MELEPASKAN 20 DAS TEMBAKAN ke arah kereta yang dipandu oleh Adik Aminulrasyid.

"He was shot at the back of his head" tegas Surendran.

"Bila sampai di seksyen 11 polis tembak bertubi-tubi lagi yang menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan dan terus masuk ke dalam longkang." Ketika itu Adik Aminulrasyid sudahpun terkena tembakan di kepala dan jatuh ke riba kawannya Azzamuddin. Adik Azzam terus keluar dari kenderaan untuk menyerah diri namun dia telah diterajang oleh polis yang seramai 4 hingga 5 orang.

Apa pula kata polis????

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan. Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda,"

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.

Tambah beliau, pihaknya yang memeriksa kereta suspek telah menemui sebilah PARANG PANJANG. sumber

Apa kata peguam dan saksi??

"Polis kata bila kereta berhenti, Aminulrasyid masih hidup dan cuba untuk merempuh polis secara reverse" ujar Surendran

"No reversing of the car" tegas Surendran lagi sambil menceritakan pula kenyataan saksi yang lainnya yang mendengar kejadian tersebut.

"Zafrullah said that he heard shots and loud bang!" Ini membawa maksud bahawa bunyi tembakan kedengaran dahulu dan diikuti dengan bunyi dentuman akibat perlanggaran.

Selain dari saksi yang bernama Zafrullah turut tampil menjadi saksi ialah beberapa orang yang sedang minum di sebuah restoran berdekatan yang melihat dan mendengar kejadian pada malam tersebut.

Pendedahan mereka ialah " mereka melihat sebuah kereta proton dan di belakangnya diikuti oleh sebuah kenderaan polis yang sedang melepaskan tembakan bertubi-tubi dan sangkaan mereka pemandangan itu hanyalah sebuah dari aksi pengambaraan filem!!!".

"shootimg repeatedly, thought it was a shooting of a film and no loud speaker asking to stop"
Artikel tu Ummu Asiah tulis untuk melaporkan forum "Keadilan Untuk Adik Aminurrashid". Panjang lagi artikel tu. Kalau nak lagi faham boleh baca kat sini dan sini. Ada banyak lagi tulisan berfakta kat dalam blog Ummu Asah tu, seorang aktivis sosial yang haibat. Bagi yang tak pernah baca blog tu, aku cadangkan sangat pi sana baca sendiri. ⊗
Nota kaki makan cekam: "Apakah kita semua setuju untuk mengatakan bahawa ini adalah kejadian pembunuhan Allahyarham Adik Aminulrasyid??" tanya Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, Moderator Forum yang juga Presiden PKPIM, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia.
Disambut dengan jawaban serentak dari semua yang hadir "SETUJU!!!!!"

No comments:

Post a Comment