Monday, May 24, 2010

Klau la jadi,, he he he,, berbaloi tak,,

Kalau DSAI jadi PM..............


"Assalamualaikum.....Mungkin ada yang melenting apabila membaca tajuk di atas tetapi apakan daya persetujuan telah dicapai bahawa seandainya PR menang PRU di peringkat pusat, DSAI akan dilantik sebagai PM.Marah macam mana pun,benci macam mana pun, tohmahan macam mana pun, seandainya keputusan PRU begitu dan ketika itu DSAI masih hidup selamat, insyallah jadilah beliau PM.

Langkah DSAI menuju tangga PM tersekat dua kali, kali pertama dulu semua orang tahu apabila beliau dihumbang keluar dari UMNO oleh Mahadir dan kali kedua sesudah PRU 12 bilamana PR(ketika itu masih dikenali sebagai BA) gagal memenangi PRU dengan fix deposit BN yang masih utuh di Malaysia Timur.

Kini persetujuan itu kekal yang bermakna DSAI akan jadi PM sekiranya PR menang PRU 13 nanti dan DSAI masih berada di luar.Persetujuan yang dibuat dan dicapai oleh pemimpin tertinggi PR yang terdiri dari pemimpin tertinggi PAS, PKR dan DAP serta SNAP(yang baru menyertai PR)

Ini bermakna sebarang suara yang tidak puas hati, kencaman dalam apa jua bentuk tidak akan dilayan dan tidak akan mengubah persetujuan yang telah dibuat.Kini PR berusaha habis habisan untuk memperkenalkan politik baru kepada rakyat dan separuh rakyat sudah mula menerimanya berdasarkan keputusan PRU 12 dan beberapa keputusan PRK selepas itu.Satu ketika dulu, ada yang mendakwa DSAI merancang beberapa siri PRK sebelum PRU 13 tetapi kemudiannya PRK terjadi menerusi perancangan ALLAH(apabila berlaku kematian MP atau ADUN).Ketika Fairuz meletakkan jawatan, BN enggan bertanding kerana pada mereka PKR menggunakan PRK itu untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka, tetapi selepas itu, berlakulah adegan lompat melompat yang menjejaskan PKR.

Katak katak jadian yang meracau di dalam PKR tidak sedikitpun menjejaskan PR malah PR semakin utuh dalam PRK Hulu Selangor dan Sibu yang memperlihatkan trend sokongan kepada PR yang semakin meningkat.Keputusan di Hulu Selangor menampakkan penipuan SPR yang memindahkan pengundi ke parlimen Selayang seramai 14 ribu orang dan di Sibu penipuan SPR menjadi semakin ketara apabila peratusan pengundi yang keluar mengundi diubah beberapa kali dan undi pos melebih jumlah pengundinya.

Berlaku rasuah pilihanraya di Hulu Selangor dan Sibu yang diketengahkan oleh pemimpin PR dengan garang sehingga SPRM akhirnya bersetuju untuk menyiasat walaupun penyiasatan itu nanti dijangka menjadi I help U, U help me.

Kesemua urutan peristiwa ini amat menggalakkan dan amat memberangsangkan kepada PR dan tidak bagus kepada BN.walaupun BN masih berusaha untuk menyelamatkan diri tetapi tindak tanduk mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti arus aspirasi rakyat yang mahu melihat politk baru terlaksana di Malaysia.Politik yang bebas rasuah, politik yang adil kepada semua orang, politik yang tidak menyekat peluang dan ruang kepada orang lain, politik yang tidak 'dikeluargakan' oleh pihak pihak tertentu dan politik yang boleh diterima oleh semua orang.

Kredibiliti dan personaliti DSAI dilihat dan dipersetujui oleh semua pemimpin PR dari semua parti sebagai orang yang paling layak memegang jawatan nombor satu negara sekiranya cita cita politik baru tercapai di bumi Malaysia.Oleh itu, siapa di antara kita yang tidak setuju dengan persetujuan pemimpin pemimpin PR ini seharusnya bersedia untuk menerima kenyataan dan mesti belajar sekarang untuk tujuan itu.Jika tidak, akan lahir nanti golongan yang terpinggir kerana meminggirkan diri seandainya hal ini terjadi dan seandainya cita cita ini tidak tercapai, perjuangan akan diteruskan.Sekiranya DSAI tidak berupaya menjadi PM maka penggantinya akan dicari.Hanya ALLAH yang menentukan, kita hanya mampu berusaha dan berdoa serta menerima keputusan majoriti walau apa sekalipun.

No comments:

Post a Comment