Pages

Tuesday, May 4, 2010

sembang saja kot,,,

Hari tu aku dengaq kata warga asing tak leh kerja kat kedai minyak,,, tapi sampai sekarang aku dok nampak,,,,, semua cerita ceriti jer ni,, La ni dengaq kata pak guard plak,, aku takut sembang jer kot,,,

Tidak Ada Pengawal Keselamatan Warga Asing Tidak Lama Lagi - Dr Subramaniam

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Kerja pengawal keselamatan akan diambil alih sepenuhnya oleh warga tempatan dalam masa tidak lama lagi berikutan keputusan kerajaan tidak membenarkan warga asing menjalankan tugas itu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata masih terdapat 4,000 pengawal keselamatan warga asing di Malaysia dan kebanyakan mereka adalah dari Nepal, Indonesia dan Filipina.

"Kerajaan tidak akan membenarkan warga asing bekerja sebagai pengawal keselamatan dan kementerian mampu menggantikan mereka dengan pekerja tempatan," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program "Hello Malaysia" terbitan Bernama TV di sini malam Selasa.

Ditanya mengenai syarikat yang lebih berminat membawa masuk pekerja asing, Dr Subramaniam berkata majikan perlu mengubah sikap berikutan langkah kerajaan tidak membenarkan mereka menggaji warga asing.

"Kami mahu memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia...ia adalah satu satu sebab kami mencadangkan kenaikan gaji pengawal keselamatan," katanya.

Keputusan cadangan menaikkan gaji pengawal keselamatan dalam sektor swasta, berkuatkuasa 1 Julai ini, akan diumumkan minggu ini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment