Monday, May 3, 2010

UMNO memang best,, herm... herm...

Royalti Tak Mau Bayar, Telaga Minyak Serah ke Negara Lain, Percuma!


http://buletinonline.net/images/stories/berita25/BALAROYALTI.gifKUALA LUMPUR - Tindakan Kerajaan BN menyerahkan dua telaga minyak, blok L dan M kepada Brunei secara percuma adalah satu penderhakaan yang nyata kepada rakyat dan kedaulatan perlembagaan negara.


Ia adalah kerana Keputusan itu hanya dibuat melalui keputusan kabinet tanpa melalui Parlimen dan perkenan Yang DiPertuan Agong.

”Disini rakyat boleh mempersoalkan sikap BN terhadap Yang Dipertuan Agong, kerana
Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jelas membelakangkan kuasa yang dipertua agong dan hak rakyat melalui wakil mereka di Parlimen,”jelas Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS.

Menurutnya, walaupun Tun Abdullah Ahmad Badawi memulakan perjanjian pada 11 Februari 2009, namun Najib secara rasminya menandatangani MOU itu selepas mengambil alih pada 16 Mac 2009.

Oleh itu, menurut Ustaz Idris lagi, siapa pun yang jadi Perdana Menteri yang jelas, BN jugalah parti yang khianati rakyat dan layak dipanggil penderhaka.

“Ini bukan soal bagi kambing atau lembu kepada negara jiran. Ini soal bagi khazanah bernilai RM 320 bilion.

”Dalam keadaan dunia berebut pemilikan telaga minyak, Kerajaan BN senang-senang memberikannya kepada negara jiran,”tegasnya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada pihak media semalam.

Sebaliknya, ulas Ustaz Idris, ketika Kerajaan dan rakyat Kelantan dan Terengganu menuntut royalti, macam-macam alasan yang diberikan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Ketika Kerajaan dan rakyat di Kelantan dan Terengganu menuntut royalti, macam-macam mereka beri alasan dan akhirnya mereka tawarkan duit ehsan.

”Rakyat dianggap seperti peminta sedekah tetapi negara lain dianggap seperti 'anak kandung' yang boleh diberikan mana-mana bahagian tanah atau khazanah dalam negara ini secara percuma,”ulasnya sinis.

Justeru, Ustaz Idris berkata, Pas menyeru agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara ini. PAS yakin ada sesuatu yang tidak kena bila perkara ini dilakukan secara senyap tanpa melalui Parlimen dan Yang DiPertuan Agong.

1 comment: