Pages

Friday, June 4, 2010

bersama menarik pelancong,, ni la habuannya,,,

Penjenayah laku perbuatan keji kerana tak puas hati hasil rompakan

TANGKAK: Sekumpulan empat perompak bertindak kejam dengan bukan saja memecah masuk sebuah rumah dan merompak, malah turut merogol seorang suri rumah berusia 40-an di depan suami mangsa dan anak perempuannya berusia 11 tahun, dalam kejadian di Bukit Gambir, dekat sini, awal pagi Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, seorang perompak yang tidak memakai sebarang topeng dan dipercayai warga Indonesia dikatakan bertindak merogol mangsa selepas tidak berpuas hati dengan hasil rompakan yang mereka peroleh.
Difahamkan kumpulan itu memecah masuk rumah itu yang terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan kebun kelapa sawit, dengan memotong pintu gerigi pintu belakang sebelum memasuki bilik mangsa yang ketika itu tidur bersama suami dan anak perempuannya, manakala empat lagi anak pasangan itu berusia antara lapan tahun hingga 17 tahun tidur di bilik bersebelahan.
Kumpulan perompak itu kemudian menggeledah rumah berkenaan sebelum merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM1,000, barang kemas dan empat telefon bimbit yang semuanya bernilai lebih RM3,000.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata perompak itu melarikan diri dengan menggunakan Proton Wira milik mangsa sebelum meninggalkan kenderaan berkenaan di tepi jalan berhampiran kawasan Pagoh, iaitu kira-kira 20 kilometer daripada tempat kejadian.

Katanya, kemudian kumpulan perompak itu melarikan diri mungkin dengan menggunakan kenderaan lain atau berjalan kaki dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Setakat ini kita tidak dapat memastikan sama ada kumpulan itu melarikan diri dengan menggunakan kenderaan lain atau berjalan kaki kerana kita masih menjalankan siasatan lanjut kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang di 06-9781222 atau balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment