Pages

Tuesday, June 1, 2010

Harap negeri lain pun ikut la,,,,

Selangor Negeri Pertama Menganjurkan Himpunan Aman dan Solat Hajat Perdana

Shah Alam, 1 Jun : Negeri Selangor yang di perintah oleh Pakatan Rakyat menjadi negeri pertama yang menganjurkan Himpunan Aman dan Solat Hajat Perdana bagi mendoakan keselamatan konvoi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada hari Khamis ini di Stadium Melawati Shah Alam.


Majlis tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam (JAIS) akan bermula pada pukul 6:30 petang sehingga 11:30 malam.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri Datuk Dr Hasan Ali, majlis tersebut akan dimulakan dengan solat Maghrib, tazkirah, zikir-zikir munajat, disambung dengan solat Isyak seterusnya solat hajat perdana dan diikuti dengan munajat iaitu memohon kepada Allah supaya melindungi para pejuang dan peserta konvoi.



Di antara yang akan turut berucap dalam majlis tersebut ialah pimpinan negeri, wakil NGO, ahli keluarga sukarelawan dan wakil rakyat Palestin.
Beliau berkata semua pihak dijemput supaya dapat bersama-sama hadir bagi menjayakan program itu.



Semalam Timbalan Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Bachok, YB Ust Nasharudin Mat Isa menyarankan agar negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dapat menganjurkan himpunan besar-besaran bagi menzahirkan bantahan rakyat Malaysia terhadap keganasan rejim zionis yahudi yang telah bertindak menyerang konvoi misi bantuan kemanusiaan antarabangsa Gaza yang telah mengorbankan 16 nyawa dan mencederakan berpuluh yang lain.

No comments:

Post a Comment