Tuesday, June 1, 2010

Najib beli kabinet baru,,,,

Rombakan Kecil Kabinet Najib


KUALA LUMPUR, 1 Jun: YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak hari ini mengumumkan rombakan kecil kabinet beliau. Rombakan tersebut melibatkan pengguguran Datuk Seri Ong Tee Kiat sebagai Menteri Pengangkutan digantikan dengan Datuk Seri Kong Cho Ha yang merupakan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Manakala tempat Kong Cho Ha pula akan digantikan dengan datuk Chor Chee Heung, bekas Timbalan Mneteri Kewangan.


Berikut adalah senarai penuh perubahan kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak hari ini.

1. Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang kalah dalam pertandingan merebut Presiden MCA di tangan Datuk Seri Chua Soi Lek.

2. Bekas Timbalan Menteri Kewangan yang menguruskan isu judi bola bagi pihak Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik menggantikan Kong sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3. Chua Tee Yong telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

4. Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan mengambil tempat Chor Chee Heung.

5. Gan Ping Sieu dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

6. Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan.

7. Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dilantik sebagai Timbalan Menteri Industeri Pertanian dan Komoditi.

8. Datuk Richard Riot dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar.

9. Datuk Rohani Abdul Karim dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna.

10. Jelaing anak Mersat dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.

11. Datuk Lee Chee Leong dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

No comments:

Post a Comment