Wednesday, June 16, 2010

Natang... Gula Pun Tak Ada Kat Kemaman...

Semalam tengahari checkout dari Redang Lagoon, sampai Jeti Merang pukul 2.00pm. Start kereta menghala ke ke Kuala Terengganu... cari restauran untuk makan tengahari, anak bini semua dah kebulur. Pusing punya pusing dalam town Kuala Terengganu... ternampak sebuah Restauran Chilada di Bukit Kecil.

Dari segi imej dan konsep exclusive memang tip top, kalau makanannya sedap bangat... harga mahal dari kebiasaan bagi gua tak menjadi hal... gua belasah jer..., tapi dari segi servis para pelayannya macam cibai.. lain yang di minta lain yang diorang buat.. dah tu servis lembab macam siput babi, nak kata tak faham bahasa, gua pun cakap bahasa malaysia juga... malas nak komen banyak2 pasal restauran ni... kalau gua sesat lagi ke Terengganu.. restauran ni memang dalam senarai blacklist gua. (Ini persepsi peribadi gua terhadap restauran yang gua sebutkan, tidak melibatkan sesiapa)

Selesai semua yang di atas tu kami travel menuju ke Rumah Rehat di Kemaman, sampai hampir Maghrib. Setelah selesai semua urusan... gua dan isteri serta 2 orang anak keluar cari sumber makanan untuk makan malam, yang lain2 keletihan dan minta ditapaukan jer..

Dalam merayau2 cari kedai makan, ternampak sebuah gerai kayu tepi jalan, perghhh... jual makanan western. Apalagi kami pun singgah dan try... walaupun berimejkan kedai kayu dan nampak usang... dalam menunya tulis "The Best Western Food In Town". Dari segi servis dan keramahan pelayan2nya amat memuaskan hati... hahaha.. ini baru boleh di panggil "mesra rakyat" dan sememangnya amat mesra.

Dari segi makanannya pula... Chicken Chop dan Lamb Chop dengan sos mushroom dan blackpepper.. perghhh.. memang sodap.., dan restoran ini terletak di Pantai Mak Nik, jika dari Kuantan ke Kemaman ianya sebelum Jambatan Masjid Geliga Besar.. lu orang masuk kanan dan terus pandu dalam satu kilometer, jumpa simpang tiga.. masuk kanan lagi... pandu lebih kurang 200 meter, ianya terletak di sebelah kanan jalan... dan satu2 nya gerai western food di situ... gua rekomen boleh cuba... sori gua tak ingat nama kedainya... (Ini persepsi peribadi gua terhadap restauran yang gua sebutkan, tidak melibatkan sesiapa).

Pagi ini pula gua dan isteri, merayau town Kemaman cari sarapan pagi. Kami pergi ke pasar Kemaman kononnya nak cari kuih muih tradisional negeri Terengganu, ada la... beberapa jenis kuih muih yang di tapau.. dan gua pun tak ingat apa ke namanya..., lepas tu kami ternampak Restauran Hai Peng... nama restauran Cina tapi makcik2 pakcik2 melayu ramai di dalamnya..., gua parked kereta seberang jalan pergi survey... sah restauran cina Hai Lam dan makanan di dalamnya semuanya di letakkan oleh orang2 melayu, restauran tu cuma buat air dan roti bakar/roti kaya.

Kopi "O" nya memang kow... masih bercirikan cawan kecil yang berbunga2 tu... (gua pun tak tau nak sebut ha..ha..ha..), nasi lemak sambal ikan bilis... pedas sampai menjejeh air liur... tapi sedap beb... gua telan dua bungkus.. isteri gua pekena nasi dagang... pun sodap katanya... than.. tapau apa yang patut untuk anak2 dan bibik di rumah.. semuanya RM17.80... puashati... (oopppsss... tukang bancuh air dan pelayannya melayu)

Kekecewaan terasa apabila kami pergi ke tiga buah kedai runcit dan dua buah pasaraya mini untuk mencari serbuk teh dan gula untuk stok bancuhan di rumah rehat. Serbuk teh banyak dan pelbagai pilihan, yang sedihnya GULA takda beb..., krisis gula masih kritikal gamaknya... akhirnya air minum pun terpaksa tapau juga.... adusss... sedihnya.... ha..ha..ha...

p/s: yang gua tulis panjang2 tu sekadar berkongsi cerita dengan lu orang jer..., tujuan sebenar gua nak bagitau.. kat Kemaman, Terengganu pun takda stok GULA.... apa dah jadi dengan Kera..jaan Malaysia ni... sampai stok GULA pun boleh terjejas... Natang Punya Kera..jaan...

klik sini klau nak pi sumber dia,,,

No comments:

Post a Comment