Sunday, June 20, 2010

UMNO BUKAN TEMPAT ORANG SEPERTI US ASRI


BENARKAH Us Asri akan menyertai Umno? Berita tersebut anda boleh baca di sini. Meskipun Us Asri masih belum membuat keputusan samada untuk menyertai Umno atau tidak, selaku orang berpegang kuat kepada agama dan telah mengenali Umno juga begitu lama, berniat sahaja untuk bersama Umno saya rasa tidak bijak.

Apakah Us Asri pun bercita-cita untuk membaiki Umno dari dalam sepertimana hasrat dan cita-cita DS Anwar sewaktu menyertai Umno dahulu? Mungkin juga Us Asri ingin mendampingi Najib dan menjadi pendakwah kepadanya? Cuba sebutkan berapa orang Muftikah yang bekerja bersama Najib yang berjaya mendakwah Najib? Pada ketika rakyat menolak kerjasama dengan Umno, di saat itu pula Us Asri ingin bersama Umno?

Mengapa tidak Us Asri bersama PAS? Adakah kerana PAS tidak berkuasa, maka tidak beruntung Us Asri bersama parti yang meletakkan Islam sebagai dasar pemerintahan ini? Adakah kerana Umno itu parti yang sedang berkuasa, maka Us Asri ingin bersama Umno walaupun terang dan nyata Umno tidak pernah komited untuk menegakkan Islam. Pada ketika negara ini hangat dengan isu lesen judi bola yang diluluskan oleh pemerintah, masihkah terdapat orang kuat agama tergamak berselimut dengan puak ini?

Kita berharap Us Asri berfikir lebih panjang lagi sebelum menyertai Umno. Sejarah telah membuktikan golongan agama yang ingin membaiki Umno dari dalam kesemuanya gagal malahan mereka sendiri terpedaya dengan budaya Umno. Cuba lihat Us Nakhaie bekas pemimpin kanan PAS, Us Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara dan Us Mashitah serta beberapa orang lagi. Apa yang mereka lakukan untuk menyedarkan Umno? Apakah Umno bertambah menuju Islam atau semakin jauh?

Mudah-mudahan Us Asri diberi pertunjuk oleh Allah SWT./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment