Pages

Tuesday, July 27, 2010

setia,, betoi tu,,

Kakitangan awam perlu setia, tidak kira siapa terajui kerajaan

Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Siapa jua kerajaan yang meneraju negeri, kakitangan awam perlu setia memberi perkhidmatannya selagi ianya tidak bertentangan dengan undang-undang.

“Adalah tugas kakitangan awam memberikan khidmat atau nasihat kepada kerajaan tanpa rasa takut dan ragu walaupun siapa jua kerajaan yang memerintah.

“Kakitangan awam punyai peranan yang penting dalam meneruskan projek kerajaan yang memerintah selagi ianya tak bertentangan dengan undang-undang.

“Dalam perlembagaan di bawah 135 ada menyebut mengenainya, kakitangan awam tidak boleh dibuang, diturunkan pangkat sesuka hati,” jelas pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam sesi sembang-sembang pada majlis Kempen Perlembagaanku di Kolej Universiti Insaniah, di sini.

Beliau yang juga Pensyarah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa menyatakan bahawa perkhidmatan awam harus neutral (tidak memihak) dalam melaksanakan mandat rakyat.

Namun, apa yang dikesali, walaupun Malaysia mempunyai manual mengenai perlembagaan, namun pengaplikasiannya masih gagal kerana masih banyak isu yang dipertikaikan.

“Antara Amerika dan Malaysia, Malaysia lebih baik di atas kertas kerana kuasa dan hasil negeri telah disebutkan dengan jelas di dalam perlembagaan, tidak seperti di Amerika yang ditentukan oleh mahkamah, tapi di Amerika lebih baik dari Malaysia.

“Ini yang peliknya di Malaysia, perlembagaan bertulis tapi seolah-olah tiada perlembagaan, baik dari segi teori, tapi tak baik dari segi pelaksanaan,” jelas beliau apabila diminta mengulas mengenai hubungan kerajaan pusat dan negeri.

Terakhir Dikemaskini (Selasa, 27 Julai 2010 17:03)

aku ambik dari kedah la ni,,,

No comments:

Post a Comment