Pages

Friday, September 3, 2010

klau mansuh,,aku la yg paling seronok,,,

Mansuh senarai hitam, bukan bayar ansuran
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar meminta kerajaan menyelesaikan isu sebenar saman ekor, bukan memberikan tawaran bayaran ansuran kepada mangsa yang dikenakan tindakan senarai hitam.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS ketika dihubungi Harakahdaily berkata, pihaknya mahu tindakan senarai hitam terhadap pengguna jalan raya itu dihapuskan sehingga mereka dibuktikan bersalah di mahkamah.

"Kita nak tahu adakah bila mangsa bayar secara ansuran, mereka akan dapat terus cukai jalan?

"Adakah apabila mereka tak meneruskan bayaran, cukai jalan itu akan dimatikan? Jadi saya menunggu penjelasan terperinci daripada menteri berhubung perkara ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh menyenarai hitam kesalahan jalan raya pengguna jika pengguna tersebut tidak mahu menjelaskan bayaran dan mahu membawa perkara itu ke mahkamah.

"Kalau mahkamah putuskan seseorang itu bersalah, mahkamahlah yang tentukan bentuk hukuman.

"Bagaimana JPJ dan PDRM boleh mendahului keputusan mahkamah? soalnya.

"Saya minta kalau polis dan JPJ nak orang ikut undang-undang trafik, mereka juga perlu mematuhi prosedur undangh-undang. Tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan notis tanpa saman," katanya lagi.

Sebelum ini, Kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari itu hingga 28 Feb tahun depan.

Manakala selepas itu, mereka perlu menjelaskan notis-notis yang diterima samada secara sekaligus atau boleh dijelaskan secara ansuran.

"Kase tetap tegaskan, mereka yang belum dibuktikan bersalah di mahkamah tidak boleh disenarai hitam," katanya.

No comments:

Post a Comment