Saturday, February 19, 2011

PAS parti ajaran sesat :saad

Chukai, KEMAMAN - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said didakwa berkata, PAS adalah parti ajaran sesat dalam ceramahnya yang diadakan di beberapa lokasi dalam daerah ini.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata, beliau telah mencabar Ahmad untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah, Hudud dan Qisas, sekianya Ahmad merasakan Umno dan Barisan Nasional lebih baik daripada PAS.

"dua malam lepas saya telah mencabar Menteri Besar negeri Terengganu, supaya melaksanakan hukum hudud dan juga hukum tertinggi Al-Quran, Hadith, ijma' dan qias yang telah kita putuskan, yang telah kita enakmenkan dalam dewan Undangan Negeri Terengganu waktu kita memerintah negeri Terengganu,

"tetapi nampaknya Dato' Mad Said masih lagi berceramah di merata tempat, semalam mereka berceramah lagi, beliau menyatakan bahawa PAS adalah parti ajaran sesat,"ujarnya Hanafiah ketika menyampaikan ucapan 'pemanas badan' dalam program Santai Bermotivasi, di pesisir pantai Dataran Tok Guru, Geliga dekat sini.

Oleh itu, katanya, beliau sekali lagi mencabar Ahmad Said sekiranya Pengerusi Perhubungan Umno itu adalah 'anak jantan'.

"sekali lagi hari ini saya mencabar, kalau Dato' Mad Said anak jantan, kita berdebat, buat siaran terus menerus, Dato' Mad Said boleh hantar ulama'-ulama', kumpulkan ulama' ulama', yang masyhur di negeri Terengganu, dalam Malaysia. kita akan hantar ulama' ulama' kita untuk bersama-sama bagi memastikan bahawa PAS ini ajaran sesat atau tidak ajaran sesat,"tegas Hanafiah, dalam program bersama calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Tenang, Cikgu Normala Sudirman, Jumaat 18 Februari.

Soal Hanafiah, mengapakah pihak berkuasa tidak menangkap pemimpin-pemimpin PAS termasuk dirinya sendiri, sekiranya PAS adalah sebuah parti yang mengamalkan ajaran sesat?

Lalu beliau mencadangkan supaya Menteri Besar Terengganu itu membawa satu usul pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (sidang DUN) yang akan datang supaya membatalkan Enakmen Jenayah Syariah yang telah diluluskan semasa zaman PAS, sekiranya beliau menganggap PAS adalah ajaran sesat.

"jangan kamu pandai berceramah di merata tempat, mengatakan Pas sebagai parti ajaran sesat, sekiranya PAS parti ajaran sesat, (pada) sidang dewan yang akan datang ini, kamu bawa satu usul,

supaya kamu musnahkan atau kamu buangkan undang-undang tertinggi yang telah kita putuskan di peringkat dewan undangan negeri (iaitu) undang-undang Al-Quran, hadith, ijma' dan qias dan begitu juga dengan hukum hudud yang telah diwartakan itu minta dimansuhkan. bawa satu usul,"cabar Hanafiah lagi.

Katanya, Umno dan Barisan Nasional tidak perlu bimbang untuk 'membatalkan' Enakmen tersebut kerana parti itu mempunyai cukup bilangan 2/3 bagi menyokong usul tersebut.

No comments:

Post a Comment