Sunday, March 27, 2011

aik,,polis pi kepung rumah Azmin plak

KUALA LUMPUR: Sepasukan polis ‘menyerbu’ rumah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali di Taman Tunku Abdul Razak (TAR), Ampang di sini, kira-kira jam 11.30 malam ini.

Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti.

Hal ini disahkan pembantu kepada Azmin, Juwairiya Zulkifli kepada KeadilanDaily.

Difahamkan, kehadiran pihak berkuasa itu bertujuan menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah supaya Azmin memberi keterangan kepada polis.

Polis dikatakan mengarahkan Azmin berbuat demikian di balai polis Ampang, esok sedangkan Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa perlu menghadiri majlis perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Polis dikatakan memberi tempoh sehingga Khamis ini.

Kehadiran polis itu dipercayai ada kaitan dengan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: ‘Datuk Najib-Altantuya’ yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan milik persendirian di Taman Melawati, semalam.

Dalam pada itu, beberapa paparan di laman facebook menyatakan polis mengepung rumah berkenaan manakala Azmin dalam satu kenyataan ringkas tengah malam ini menyatakan rumahnya sedang dikelilingi pihak polis tetapi belum ada maklumat lanjut.

Dalam ceramah di Taman Melawati itu, kekecohan berlaku apabila polis mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dari pentas ceramah hingga menimbulkan kemarahan rakyat

No comments:

Post a Comment