KUALA  LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin  menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah diperbodoh-bodoh dengan  lakonan dalam sesebuah video  untuk mengaibkan individu tertentu. 
“Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang  seakan-akan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.“Politik  kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan  kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan  umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. 
“Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini,” tulis Dr Asri  dalam blognya sambil  menegaskan, perbuatan mengaibkan orang lain dilarang keras dalam Islam.  “Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan  kezaliman terhadap orang lain seperti zina, minum arak, berjudi dan  seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. 
“Jika hendak didakwa, hendaklah  di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai,” katanya yang turut  berpandangan penubuhan suruhanjaya bukan penyelesaian terhadap kes video  seks palsu. “Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes  maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat,” katanya.

No comments:
Post a Comment