Nie tak perkauman ke Datuk?
Sebelum masuk waktu Isyak tadi saya tertonton Berita TV3. Ternampak dilayar TV, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein memberi amaran kepada blogger: sesiapa yang menulis isu-isu sensatif dalam blog mereka terutama yang berbaur perkauman akan diambil tindakan, seperti yang dikenakan kepada Aduka Taruna baru-baru ini.
Pelik saya, yang saya tahu Aduka Taruna dituduh menghina Al-marhum Sultan Johor, tidak kena mengena langsung dengan isu perkauman. Tapi tak apalah, mungkin maksud Hishamuddin blog berbaur perkauman akan dikenakan tindakan keras (keras?) seperti tindakan terhadap Aduka yang menghina Almarhum Sultan.
Tapi yang saya seronok apa yang keluar dari mulut Hishamuddin: BLOG YANG MENULIS PERKARA PERKAUMAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN.
Saya dalam hal ini sokong Hishamuddin 1000000%: blog yang menghasut dan berbaur perkauman patut diambil tindakan.
Tapi saya percaya jika diambil tindakan, yang akan banyak kena pastilah blog-blog pro-Umno, kerana di situlah paling banyak isu-isu perkauman dibangkitkan. Selain itu, macam-macam yang mereka kata dan gelar kepada pemimpin-pemimpin PR yang didakwa bertolak ansur dengan isu-isu yang membabitkan kaum-kaum lain. Tak tergamak dicatatkan di sini apa yang mereka tulis kerana ia terlalu sangat amat chauvinist!
Hishamuddin nak tangkap penulis blog yang menulis perkara perkauman? Mulakan tindakan dengan menangkap penulis blog pro-Umno!
No comments:
Post a Comment