Pages

Tuesday, January 26, 2010

Peluang Chelsea, Arsenal terajui liga

dari utusan meloya,,,,

LONDON - Perebutan kejuaraan Liga Perdana England bakal memasuki fasa penentuan esok, apabila Arsenal dan Chelsea masing-masing berdepan perlawanan sukar, dengan sasaran untuk menggantikan Manchester United di puncak liga.

United merampas teraju liga pada hujung minggu lalu, selepas aspirasi Wayne Rooney membantu mereka membenam Hull 4-0.

Namun, Arsenal akan kembali di tangga teratas jika Gunners mampu membawa pulang tiga mata penuh, apabila bertandang di Aston Villa, iaitu pasukan yang memburu kelompok empat teratas.

Chelsea, yang sama mata dengan Gunners, tetapi kurang satu perlawanan, melayan kedatangan Birmingham, yang masih belum kalah selepas 15 perlawanan dalam semua kejohanan yang mereka sertai.

Perlawanan esok juga bakal menyaksikan Blackburn menanti pasukan jiran mereka di Lancashire, Wigan, dengan kedua-dua kelab kini menghampiri zon penyingkiran.

Everton pula mahu bangkit daripada kekecewaan setelah tersingkir dari Piala FA di tangan Birmingham pada hujung minggu lalu, apabila berdepan skuad bimbingan Steve Bruce, Sunderland.

Skuad Arsene Wenger, Arsenal akan beraksi ketika pasukan Chelsea turut terlibat dalam perlawanan EPL.

Peri pentingnya barisan pemain yang menjadi pilihan Wenger, berdasarkan urutan perlawanan, digambarkan menerusi sembilan pertukaran daripada skuad yang mengalahkan Bolton Rabu lalu, ketika berdepan Stoke pada Piala FA, hujung minggu lalu.

Wenger tetap menganggap masalah pertukaran pemain sebagai masalah yang boleh diatasi, jika skuadnya mahu berada sebagai antara calon kejuaraan liga pertama mereka, selepas musim 2004.

"Pemain yang kami pilih semasa perlawanan dengan Stoke adalah mudah. Lihatlah kepada jadual perlawanan kami.

''Anda boleh nampak bahawa kami tidak boleh menurunkan 11 pemain yang sama setiap masa. Itu sudah pasti,'' kata pengurus dari Perancis itu.

Sementara itu, pemain pertahanan Birmingham, Roger Johnson bakal merealisasikan impiannya apabila berdepan Chelsea, buat pertama kali.

Bekas pemain Cardiff itu membesar sebagai penyokong Chelsea, dan ketika dia mencuba yang terdaya untuk pasukannya kekal dalam liga, dia meramalkan skuad Carlo Ancelotti, akan terus mara dan menjulang kejuaraan.

"Saya menyaksikan perlawanan pasukan Chelsea sekerap yang boleh, terutama pada pertengahan minggu ketika Birmingham tidak terlibat dalam perlawanan liga.

''John Terry merupakan pemain yang saya sering perhatikan.

"Saya rasa mereka akan memenangi EPL. Mereka merupakan pasukan yang sangat baik musim ini.

''Manchester United tidak seperti musim sebelum ini. - AFP

No comments:

Post a Comment