Pages

Friday, February 12, 2010

Arsenal tak boleh silap langkah


ARSHAVIN tetap percaya Arsenal berpeluang muncul juara liga musim ini.


LONDON - Arsenal perlu menamatkan saingan musim ini dengan sempurna jika berhasrat memenangi gelaran Liga Perdana England buat kali pertama sejak 2004.

Setelah 26 perlawanan liga telah berlangsung, Chelsea masih kekal mendahului dengan mengumpul 58 mata diikuti Manchester United (57) dan Arsenal (52).

Begitupun, perancang Arsenal, Andrei Arshavin berkata: "Sekiranya kami mahu menjadi juara, kami kena menang kesemua baki 12 perla- wanan yang tinggal.

"Sukar untuk katakan sama ada ia boleh dilakukan atau tidak tetapi ia masih realistik.

"Saya gembira dengan permainan kami ketika menentang Liverpool, Rabu lalu. Kesemua pemain telah bekerjasama dengan baik," jelasnya.




Arshavin mengalami kecederaan di bahagian kaki ketika membantu Arsenal menang 1-0 ke atas Liverpool dalam saingan Liga Perdana England di Emirates, Rabu lalu.

"Sukar dipastikan betapa seriusnya kecederaan ini. Saya akan buat imbasan nanti," katanya.

Peluang Arsenal merangkul kejuaraan liga mula terjejas selepas kalah 0-3 kepada Chelsea di Emirates pada November lalu sehingga menyebabkan mereka ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga itu.

Sejak itu, Arsenal mula bangkit sebelum mengalami kekalahan kepada United dan Chelsea minggu lepas, sekali gus menyaksikan mereka ketinggalan sembilan mata di belakang Chelsea.

Namun, kini jurang itu dirapatkan kepada enam mata selepas kejayaan menewaskan Liverpool. - Agensi

No comments:

Post a Comment