Raja Azman Bin Raja Petra di DERA dalam tahanan.
Ini kes tak dapat tanduk telinga dipulas..
Buat yang tak tahu siapa Raja Azman Bin Raja Petra,beliau adalah Anak kedua kepada Raja Petra Raja Kamaruddin.
Pada 19 Mei 2009 Raja Azman telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar Shah Alam.
Bagaimanapun beliau telah menukar pengakuan kepada tidak bersalah berhubung empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah pada 19 Jun 2009.
Dia diwakili peguam J. Chandra dan Amarjit Singh Sidhu sementara pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim.
Majistret Norkamilah Aziz mengenakan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan itu.
Tertuduh telah dihantar ke Penjara Sungai Buloh setelah tiada sesiapun yang menjaminnya.
Ketika mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas empat pertuduhan keatasnya beliau tidak diwakili peguam pada ketika itu.
10 Feb 2010, Raja Petra Kamaruddin telah menulis..
Peguam saya pergi menemui anak saya di Hospital Sungai Buloh hari ini dan mengesahkan bahawa anak saya telah mengelar pergelangan tangannya dan menelan pisau cukur.
Anak saya telah menangis dan menangis sambil menceritakan kepada penguam saya bahawa beliau tidak mampu lagi menahan seksaan mental dan fizikal yang dikenakan terhadapnya dan dia mahu mengakhirinya.
Dan satu-satunya jalan keluar yang ada baginya ialah mengakhiri hidupnya…
Semalam selasa 9 Feb 2010
Raja Azman Bin Raja Petra telah dimasukkan ke hospital di Sungai Buloh.
Laporan awal mengatakan bahawa dia telah menelan atau telah dipaksa untuk menelan pisau cukur .
Raja Azman telah ditahan didalam kurungan tersendiri (solitary confinement ) sejak Malaysia Today mengeluarkan cerita bahawa beliau dipukul oleh polis untuk memaksanya mengaku melakukan kesalahan yang dia katakana dia tidak melakukannya .
Anak saya juga telah diletakkan diwad Sakit Jiwa dalam tempoh yang tertentu setelah beliau mengamuk akibat dibelasah dalam satu sesi soal jawab.
Para peguam saya akan cuba untuk meminta kebenaran bagi mengunjungi Raja Azman seberapa cepat yang mungkin untuk memastikan apa yang sebenarnya berlaku.
No comments:
Post a Comment