Keputusan yang diumumkan oleh mahkamah semalam sebenarnya hanyalah untuk menyempurnakan kekuatan negeri Perak yang asasnya hanya 3 orang yang tidak bermaruah ini. Apalah sangat dengan kemenangan semalam yang hanya bersandarkan dengan 3 manusia ini (bolehlah juga disamakan dengan kekuatan 3 ekor katak), apakah Barisan Nasional boleh mendabik dada dengan kekuatan ini, jika dibandingkan dengan kekuatan wakil rakyat pakatan yang diangkat oleh sekalian rakyat.
"Kedudukan Zambry ternyata goyah dan dia terpaksa menurut apa sahaja kehendak tiga 'katak' berkenaan; hingga terpaksa memenuhi tuntutan kelengkapan rumah tangga mereka jika ingin meneruskan kuasa sehingga pilihan raya yang akan diadakan," kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Cubalah bayangkan jika 3 manusia yang tidak bermaruah ini berpaling tadah (walaupun ada angin-angin yang mengatakan surat hutang datang bertalu-talu ke rumah) apa akan jadi kepada negeri ini?
Kerajaan Perak terpaksa memenuhi kehendak 3 ekor katak tersebut yang menyebabkian Perak terdedah kepada risiko dan menjadi lemah kerana kuasa sebenar berada di tangan pemeras ugut 3 katak tersebut.
Dua daripada katak tersebut sedang menghadapi tuduhan rasuah yang sengaja dilambat-lambatkan perbicaraannya dan ini meletakan kerajaan Perak bukan sahaja tidak stabil, malah kerajaan Perak yang ada ini tidak bermoral.
Nizar menggesa supaya UBN berani berhadapan dengan rakyat untuk menentukan siapakah yang mereka inginkan untuk mentadbir negeri Perak.
"Pilihan terbaik ialah mengumumkan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi berkenaan (Jelapang, Changkat Jering dan Behrang) untuk memperkuatkan pegangan politiknya bagi mentadbir Perak," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment