Pages

Wednesday, February 10, 2010

‘Jutawan’ Turut Dapat Wang Dana Khas Tahun Baru Cina

http://buletinonline.net/images/stories/berita19/danakhasgongxia.jpgKEMAMAN – Seorang jutawan Tionghua dari daerah ini turut didakwa menerima wang ehsan/ dana khas sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini.


Ketika mendedahkan perkara berkenaan, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kemaman Haji Zulkifli Md Yakim berkata wang dari hasil royalti itu kini sudah jadi ‘wang politik’.
Menurutnya, wang tersebut yang sepatutnya digunakan oleh kerajaan negeri untuk memajukan dan menjaga kebajikan rakyat, namun diselewengkan oleh parti Umno dan Barisan Nasioonal (BN).

“Mula-mula guna wang dana khas ganti royalti, kononnya akan ‘disalah urus’ sekiranya diberikan kepada kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2000,

“sekarang bukan sahaja salah urus, sudah jadi ‘wang politik’ diagih-agihkan mengikut selera pemimpin UMNO/BN, bagi memancing undi,

“kalau dakwaan saya tidak betul, sila nafikan ada seorang jutawan yang turut menerima dana khas Tahun Baru Cina baru-baru ini,”cabar Haji Zulkifli.

Sebagai seorang ahli perniagaan yang professional, Haji Zulkifli (Gambar) berkata, rakyat memandang kredibiliti para pentadbir kerajaan negeri sudah hilang sejak BN memerintah kembali negeri Terengganu.

Katanya, mereka yang mempunyai pendidikan tinggi, memiliki ijazah, namun tidak berani bersuara dan hanya menurut sahaja kehendak ‘orang-orang politik’ Umno/BN.

Sebab itulah, walaupun sesuatu urusan kerajaan itu walaupun rugi dan menyalahgunakan wang rakyat, namun tetap diteruskan.

Beliau mengambil contoh pembelian bas dua tingkat Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) yang telah merugikan ribuan ringgit hasil kerajaan negeri.

“Ia dinyatakan dengan jelas dlam Laporan Ketua Audit Negara tahun lalu, pembelian bas dibuat sebelum mendapat kelulusan MITI, akibatnya, wang rakyat terpaksa dibelanjakan atas ‘salah urusan’ yang sepatutnya tidak berlaku,

“Sekarang ini pun bas dia tingkat itu ada ‘sekong’ di garaj MPK, bukannya digunakan sangat,”jelas Haji Zulkifli.

Justeru beliau menyeru seluruh rakyat terutamanya dikalangan professional supaya dapat menilai kembali kerajaan yang memerintah negeri Terengganu masakini.

“Gunakanlah pertimbangan secara professional, melalui ilmu yang diperolehi dari menara gading, untuk menilai,”katanya.

Pada 3 Februari lalu, kerajaan negeri mengumunkan, seramai 9,092 masyarakat Cina di Terengganu akan diberi dana khas sebanyak RM300 seorang sempena sambutan Tahun Baru Cina dengan peruntukan sebanyak RM2.6 juta

Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dilaporkan berkata, pemberian dana itu mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri Barisan Nasional terhadap rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Namun sebaliknya, senarai nama penerima tersebut bukannya disenaraikan oleh Jabatan Kebajikan tetapi oleh parti MCA dan Gerakan.

No comments:

Post a Comment