Pages

Thursday, February 11, 2010

Laluan Tambah Nilai Touch N' Go PLUS Ditutup Lima Hari

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kesemua laluan bagi tambah nilai Touch n' Go di tol plaza Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) akan ditutup Jumaat dan Sabtu ini serta Selasa, Sabtu dan Ahad minggu depan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di plaza tol Plu sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pengarah Urusan Touch n' Go, Hasni Zarina Mohamed Khan berkata orang ramai sebaliknya boleh menambah nilai kad prabayar mereka di stesen minyak, mesin ATM dan ejen tambah nilai, sebelum memulakan perjalanan.

Pengguna PLUS boleh juga menambah nilai kad mereka di hentian sebelah dan kawasan rehat dan rawat (R&R) di R&R Machap, R&R Pagoh, R&R Dengkil, Restoran Jejambat Sungai Buloh, R&R Rawang, hentian sebelah Behrang, R&R Tapah dan R&R Gunung Semanggol bagi yang menghala ke arah utara dan di R&R Seremban dan Restoran Jejambat Ayer Keroh yang menghala ke selatan pada Jumaat dan Sabtu ini.

Pada Selasa, Sabtu dan Ahad minggu depan pula, pengguna lebuh raya yang menghala ke selatan boleh membuat tambah nilai di hentian sebelah Juru, R&R Gunung Semnggol, R&R Ulu Bernam, R&R Tapah dan Restoran Jejambat Sungai Buloh, R&R Dengkil, R&R Pagoh dan R&R Machap.

Bagi yang menghala ke utara pula boleh berbuat demikian di R&R Seremban dan Restoran Jejambat Ayer Keroh.

Menurut Hasni Zarina, 35 pusat khidmat pelanggan PLUS akan beroperasi dari pukul 7.30 pagi hingga 9 malam.

Maklumat lanjut mengenai tambah nilai boleh diperolehi menerusi www.touchngo.com.my.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment