"Malaysia unik. Ada parti berasakan perkauman yang tulin. China dengan MCA, Melayu dengan UMNO, India dengan MIC. Begitu juga dengan parti yang ada di Sarawak dan Sabah. Jesteru itu DAP majoritinya kaum China.
PKR pula bercampur-campur bangsa dan kaum. DAP Pulau Pinang tak sama DAP Selangor dari segi pendekatan pemimpin. Jika DAP seluruh Malaysia pendekatannya mengikut gerak kerja DAP Pulau Pinang KM Lim Guan Eng, Nescaya seluruh kaum China menyokong gagasan pakatan rakyat.
Jika DAP mengurangkan egonya akan menjadi satu tamparan yang cukut hebat kepada barisan nasional dalan pilihanraya umum yang akan datang. Insiden menghina kaum China oleh pemimpin umno dan kumpulan SADEQ yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali menghina Lim Guan Eng dan membakar gambarnya cukup terguris semua kaum China Malaysia. Kaum China bertindak dalam senyap. Umno cukup dibenci oleh kaum China. Cukup terserlah insiden yang direka oleh pemimpin umno menguris hati dan perasaan kaum China.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaikan kapal hilang haluan. Malah PKR tiada nahkoda, atau nahkoda berada dalam duka nestapa. Masing masing mahu jaguhannya. PKR dan wakil rakyat PKR berada dalam kapal yang dilambung gelombang dan arus deras. Bila-bila sahaja akan karam. Berebut mahu menjadi nahkoda. Nampak cukup jelas PKR dan wakil rakyat PKR hilang taring perjuangan masing-masing ibaratkan "seperti enau dalam belukar". Kedudukkan wakil rakyat PKR sudah goyang hanya tunggu masa untuk meninggal PKR. Ini diambil kira gerak dan tingkahlaku wakil rakyat PKR seperti haruan mabuk. Akhirnya sebelum pilihanray umum hanya tinggal dua tiga kerat sahaja wakil rakyat dalam PKR.
Jika kedua dua parti DAP dan PKR tidak bertembung sesama sendiri dan berdiri teguh bersama pakatan rakyat serta akyr pada ketua masing masing. Akan berlaku satu perubahan politik dan pemerintahan di Malaysia. Gabungan PKR DAP dan PAS cukup kuat jika cukup aduan dan perisanya. Namun amat dukacita PKR berada di tepian dermaga bila bila masa akan terhumbang dan lemas serta dibawa arus dermaga. Malah PKR dan penyokong PKR berada dalam salutan senja
No comments:
Post a Comment