Pages

Friday, February 5, 2010

REFORMASI 1998 BERULANG, SOKONGAN MELAYU KEPADA PR BERTAMBAH

"Apakah zaman Reformasi 1998 akan berulang kembali dengan bermulanya perbicaraan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim minggu ini. Rakyat Malaysia yang menyokong PR maupun BN sebenarnya jauh di sudut hati mereka tidak percaya 100 % yang Anwar melakukan kerja terkutuk itu baik pada tahun 1998 atau 2008.

Itu sebabnya ramai diantara mereka mengadakan 'silent protest' di dalam hati pada tahun 1998. Sebab itulah keputusan pilihanraya umum 1999 menunjukkan bahawa majoriti orang melayu menolak BN khususnya Umno. Rata-rata undi orang Melayu kepada BA pada waktu melonjak tinggi.

Kini sekali lagi Anwar dihadapkan ke mahkamah dengan isu yang sama cuma pelakonnya sahaja yang berbeza. Apakah mungkin rakyat Malaysia akan berdiam diri.? Saya tiada jawapannya.

Namun bunga-bunga Reformasi 1998 kelihatan mula terbit. Hari ini Sekumpulan penunjuk perasaan dari pelbagai kaum menunjuk perasaan di hadapan masjid Wilayah Persekutuan berhampiran kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas solat Jumaat.

Para demonstrator membawa kain rentang ‘Keadilan Untuk Anwar’ dan ‘Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2’. Mereka melaungkan Reformasi dan mengutuk pendakwaan yang hanya bertujuan untuk menghancurkan karier politik Anwar.

Ketua Biro Strategik PKR Tian Chua, menyatakan kes Anwar hanyalah ulangan dari kes 1998 yang hanya punya satu matlamat iaitu menzalimi seorang peribadi untuk membenarkan Najib kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku ini adalah satu ulangan yang familiar dalam sejarah tanah air. Kita akan berjuang berhabis-habisan menentang satu sistem yang sanggup menzalimi hak individu untuk kekal berkuasa pada kedudukan mereka.

“Ini adalah satu perkara yang kejam,” tegasnya.

Seorang lagi tokoh Reformasi Datuk Johari Abdul menyatakan pendakwaan terpilih tersebut hanyalah usaha terdesak regim BN untuk meneruskan kekuasaan. Oleh itu para penggerak Reformasi akan kembali bersatu untuk menggerakkan perhimpunan massa seperti mana yang pernah mereka lakukan sepuluh tahun lalu.

Perhimpunan aman itu berakhir dalam masa lima belas minit tanpa gangguan polis.

Jadi untuk perkembangan seterusnya kita tunggu dan lihat.

Peristiwa Reformasi 1998 akhirnya mencetuskan Gerak dan membentuk Barisan Alternatif dokongan PAS, DAP dan PKN (Parti KeADILan Nasional). Kini PR sudahpun terbentuk, jadi peristiwa kezaliman terhadap Anwar ini mungkin akan menyebabkan perpaduan PR yang sudah utuh akan bertambah kuat dan padu serta kemungkinan akan menyebabkan mereka mendapat lebih banyak sokongan dari parti-parti lain. Kemungkinan besar juga orang sokongan orang Melayu kepada PR akan bertambah dengan drastik.

No comments:

Post a Comment