Aku rasa ada yang tak berapa kena dengan YB Zul ni, dulu dia cari gaduh dengan wakil dari PAS, sekarang di cari pasal dengan DAP pulak dah.
Adakah dia tidak boleh menerima DAP yang majoriti Ahlinya berbangsa Cina.. atau tidak boleh menerima Cina yang majoritinya menjadi ahli DAP?
Cuba lihat bagaimana Lim Guan Eng menangani kritikan dari kawan dan lawannya yang tidak berpuashati dengannya kebelakangan ini. Beliau masih mampu menerima apa sahaja tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya, asalkan ianya tidak mewakili parti berkenaan.
Zulkifli tidak wakili PKR kecam DAP
GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan kritikan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang mendakwa DAP tidak diperlukan dalam perjuangan pembangkang adalah pandangan peribadi beliau semata-mata, bukan mewakili pandangan Pakatan Rakyat (PR) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga enggan mengulas lanjut kenyataan Zulkifli kerana perkara itu menyentuh isu dalaman PKR, di samping tidak mahu ianya disalah tafsir mana-mana pihak.
Guan Eng berkata, meskipun beliau dikritik hebat oleh beberapa pemimpin PR kebelakangan ini, beliau menerima apa sahaja tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya, asalkan ianya tidak mewakili parti berkenaan.
“Saya enggan komen kenyataan Zulkifli (Nordin) kerana bimbang ianya menyentuh isu dalaman PKR.
“Lagipun saya tidak mahu kenyataan saya disalah tafsir oleh pihak tidak bertanggungjawab. Biarlah parti beliau (PKR) yang menentukan apakah hukuman yang sesuai ke atasnya memandangkan kesemua mereka yang mengkritik pemimpin PR yang lain sudah dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti,”katanya pada sidang media di sini semalam.
Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu yang mendakwa DAP tidak diperlukan dalam perjuangan pembangkang.
Zulkifli daripada PKR turut menyifatkan DAP sebagai ‘duri dalam daging’ yang sering menimbulkan banyak masalah dalam PR di samping menggesa, pemimpin tertinggi pakatan pembangkang bersikap lebih tegas dalam menangani isu itu.
Selain itu, Zulkifli turut mendakwa, wujud segelintir pemimpin dalam DAP yang mempunyai agenda sempit atau cauvinis.
No comments:
Post a Comment