Pages

Sunday, May 30, 2010

Come on bebeh,,, boikot lagi,,,

Urgent! Boikot Facebook 31 Mei 2010

Oleh: albangi

"Kepada mereka yang menggunakan Facebook, marilah boikot Facebook pada 30-31 Mei 2010. 2 Hari sahaja. Sebab apa?

Sebab dalam Facebook, ada pengguna yang menganjurkan melukis katun Nabi Muhammad s.a.w. Apa jadi kalau kita boikot 30-31 Mei 2010 ini?

Apabila kita boikot FB dua hari itu, maka jaringan maklumat, jaringan perniagaan, dan jaringan komunikasi terhenti seketika. Apa jadi? Banyak syarikat yang bergantung kepada FB dalam iklan dan perniagaan mereka di FB akan merudum dan rugi.

Apakah ia baik pada kita sebagai Muslim? Sudah tentu bauik, ia baik kerana kita memberi signal jangan main-main dengan Islam dan jangan hina Allah dan Rasul kita.

Adakah tindakan kita berbaloi? Sudah tentu, samada kesannya kecil atau besar, itu adalah perkara kedua. Yang utama ialah, kita menunjukkan gestures protes kita terhadap tindakan orang2 tertentu dalam FB yang menghina Islam.

Kalau kita tidak subscribe pada Facebook? Itu lagi baik bagi orang yang mengetahui.

Kalau nak guna juga? Teruskan tetapi jangan beri segala maklumat dan foto mengenai anda dan kawan-kawan anda. jangan lurus bendul dalam menyebar maklumat peribadi dalam Facebook.

1 comment: